Connect with us

Oh! Artis

“Kau Relax, Benda Ni Simple Jer” – Shuib Ubi Dan Mamat Sepah Nak Selesaikan Masalah Lama

Baru-baru ini, peminat kumpulan Sepah dikejutkan dengan pertemuan antara Shuib Ubi dan Mamat Sepah dalam satu rancangan podcast.

Terkini. Shuib dan Mamat sekali lagi berjumpa dan mengatakan mahu menyelesaikan masalah lama yang pernah melanda kumpulan komedi popular itu.

IKLAN

Shuib berkata, “Kau relax, benda ni simple jer,” memberi gambaran bahawa mereka ingin merungkai isu lama dengan cara yang matang dan damai.

Konflik antara Shuib, Jep, dan Mamat telah lama menjadi bualan dalam kalangan peminat, terutama selepas Sepah berpecah dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Shuib datang ke Kulai, Johor untuk makan tengah hari bersama Mamat. Turut kedengaran Mamat berkata, “Amacam? Kita tengah panas ni” dan Shuib membalas, “Kau relax, kau relax jer. Benda ni simple jer Mat. Kita makan tengah hari dulu”.

Peminat Sepah rata-rata menyambut baik usaha ini dan berharap agar hubungan antara mereka dapat dipulihkan, jika tidak sebagai satu kumpulan, sekurang-kurangnya sebagai sahabat.

Ramai yang merindukan keletah dan jenaka Sepah yang pernah mencuit hati jutaan penonton.

Diharapkan mereka bertiga dapatlah membuka lembaran baru buat dan memberikan inspirasi kepada orang lain untuk menyelesaikan konflik dengan cara yang damai dan matang.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas