Connect with us

Oh! Media

Viu Malaysia Kembali Dengan Karya Original Baru, Berlatar Belakangkan Jepun. Wajib Tonton!

Umum

Viu Malaysia Kembali Dengan Karya Original Baru, Berlatar Belakangkan Jepun. Wajib Tonton!

“Asyik Tokyo je, jom ke Saga pula”

Selepas berakhirnya drama ‘I Love You, Stupid’, Viu Malaysia kini hadir dengan drama terbaru mereka. Mesti ada yang dah tahu tentang pembikinan drama ni kan? 

ADVERTISEMENT

Mana taknya, artis yang berlakon dalam drama ni selalu update dekat social media. Mesti ada yang dah tak sabar kan? 

Viu, perkhidmatan penstriman OTT pan serantau terkemuka, membawakan drama bersiri Viu Original ‘From Saga With Love’ yang menampilkan gabungan pelakon baru dan lama. Korang dah boleh mula streaming drama ni bermula hari ni tau! 

Penuh Romantik & Gelak Ketawa

Drama Viu Original “From Saga With Love” mengisahkan tentang Karma, seorang influencer yang menipu untuk menjadi pembantu peribadi serta jurubahasa bagi pelakon terkenal, Bianca Rozario semasa lawatannya di Saga, Jepun. Pelbagai usaha dan rancangan dilakukan oleh Karma agar rahsia berkaitan penipuannya terhadap Bianca tidak terbongkar. Karma yang terikat dengan misi rahsia oleh Ibu Bianca serta impiannya ingin menjadi influencer terkenal membuat dia tetap meneruskan walaupun diganggu dengan kehadiran juruvideo Bianca, Bob serta seorang jejaka pendiam, Sham yang menambah masalah dan huru-hara kejadian di Saga. 

Viu, Viu Malaysia, From Saga With Love,  Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don, Ikmal Amry,

Drama bergenre romantik komedi ini diarahkan oleh Umi Salwana Omar dan diterbitkan oleh Lina Tan serta membariskan pelakon berpengalaman dan meningkat naik seperti Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry. 

Layan & Streaming Hanya Di Viu! 

Korang boleh start streaming drama sepuluh episod ini setiap hari Khamis di aplikasi Viu. Bagi yang belum ada, korang boleh muat turun secara percuma di App Store dan Google Play secara percuma. 

Jadi tunggu apa lagi, pergi download sekarang! 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Viu dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook, Instagram dan TikTok

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas