Connect with us

Oh! Media

“Bukan Orang Luar, Tetapi Orang Sekeliling Saya” – Duit Arwah Isteri Ridzokumura Lesap RM70,000

ridzokumura

Oh! Tidak

“Bukan Orang Luar, Tetapi Orang Sekeliling Saya” – Duit Arwah Isteri Ridzokumura Lesap RM70,000

Usahawan, Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzokumura mendedahkan wang milik isterinya yang dianggarkan bernilai antara RM60,000 hingga RM70,000 telah hilang.

Menurut Ridzokumura, dia menyimpan wang tersebut dalam sampul dan memasukkan ke dalam beg tangan isteri.

IKLAN

Duit Jepun disimpan dalam beg tangan hilang

Jelasnya lagi, wang dalam mata wang Jepun kerana mereka baru pulang dari bercuti pada Februari lalu.

Namun, pemergian isteri secara tiba-tiba membuatkan beliau ‘lost’ seketika. Beliau hanya menyedari wang hilang ketika melihat semula barang peribadi arwah isteri baru-baru ini.

Abang nak ambil duit tu nak simpan, abang tengok dah tak ada. Abang call manager abang, dia ada masa abang masukkan duit tu. Manager abang pun pelik, dia minta tengok semula.

Walaupun kecewa, Ridzuan tetap bersikap tenang dan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak secara terbuka.

Beliau mengakui kesilapan sendiri kerana tidak menyimpan duit itu di tempat lebih selamat.

Ramai orang datang ke rumah Ridzokumura

ridzokumura

Sampai hati, duit orang meninggal pun nak ambil. Bukan orang luar, tetapi orang sekeliling saya sebab yang datang pun kawan-kawan, polis, doktor, forensik dan sebagainya.

Tambah beliau, apa yang paling menghiris hatinya adalah perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan ketika beliau masih dalam kesedihan atas pemergian insan tersayang.

Tak elok ambil duit orang yang sudah pergi, terkilan saya. Biarlah orang itu jawab dengan Tuhan. Kalau arwah tak maafkan, tak maaflah dia.

Malangnya, kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya tidak berfungsi pada waktu kejadian, menjadikan usaha untuk mengenal pasti pelaku lebih sukar.

Ini sekaligus menguatkan kebimbangan bahawa individu yang mengambil duit itu adalah antara mereka yang hadir ke rumahnya selepas kematian isterinya.

ridzokumura

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas