Connect with us

Oh! Media

Lupakan Plot Drama Tempatan Yang Membosankan, Viu Bawakan 2 Siri Terbaru Yang Korang Wajib Tonton!

Branded

Lupakan Plot Drama Tempatan Yang Membosankan, Viu Bawakan 2 Siri Terbaru Yang Korang Wajib Tonton!

Selalu kalau kami buka sosial media, mesti ada je yang complain tentang drama tempatan. Asyik plot kahwin paksa tak pun bad boy kaya jatuh cinta dengan gadis kampung.

Disebabkan plot-plot cliche inilah yang buatkan kami langgan Viu, salah satu laman penstriman OTT di Malaysia. Paling kami tak sabar, bulan ni Viu Malaysia membawakan dua drama terbaru iaitu Alter-naratif (Viu Original) dan Journal Sarahaeyo (Viu Presents).

Padam Atau Nikmati Memori Baru Dalam ALTER-NARATIF

Pernah tak korang terfikir nak padam certain memori yang menyakitkan atau nak cuba menikmati memori orang lain?

Bagi korang yang suka cerita bertemakan psychological thriller, kami nak sarankan korang untuk menonton ALTER-NARATIF. Siri Viu Original ini membawakan kisah tentang Electric Dust Agency (EDA) yang terkenal dengan inovasi mengubah ingatan manusia, keupayaan memadam memori lama dan menggantikannya dengan kenangan tiruan. Looks cool right?

Mel Isa (Nabila Huda), yang berperanan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif EDA memperjuangkan teknologi psikoterapi masa hadapan dengan harapan dia dapat tolong mangsa trauma membina semula kehidupan.

Banyak saingan yang mula rasa terancam dengan teknologi ini, sehinggalah satu hariMel mula mengalami pitam dan halusinasi. Dia mengesyaki bahawa ingatannya sendiri telah diusik. Mel mula menyiasat sendiri perkara yang berlaku sehingga tersingkap satu rahsia jenayah 20 tahun lalu.

Tapi masalah sekarang, siapa yang Mel boleh percaya?

ALTER-NARATIF dibintangi oleh pelakon hebat seperti Nabila Huda, Liyana Jasmay, Gambit Saifullah, Neera Azizi, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi!

Drama ini merupakan ciptaan Aina Izzah, pemenang Viu Pitching Forum pada tahun 2021 dengan ditulis oleh Rafidah Abdullah, penulis drama juga diarahkan oleh pengarah dari siri  Viu Original iaitu Isteri Misteri dan penulis utama bagi drama adaptasi Korea Viu Malaysia yang cukup popular iaitu She Was Pretty. 

ALTER-NARATIF akan mula ditayangkan 25 Mei 2023. Make sure korang tak terlepas, klik DI SINI untuk tonton! 

Misi Sara Mencari OPPA dalam Journal-Sarahaeyo

Lagi satu siri menarik yang dibawakan oleh Viu Presents mengenai kisah seorang peminat K-pop dan K-drama. Siri ni confirm ramai boleh relate.

Mengisahkan Sara, seorang pelajar yang baru memasuki tahun akhir dan merupakan fanatik K-drama dan K-pop. Apa yang menarik tentang Sara, seperti kebanyakan peminat, dia mempunyai impian untuk menjejakkan kaki dan mencari Oppanya di Korea. Kesemuanya ditulis dalam jurnal peribadi dia..

‘Bagai bulan jatuh ke riba’ Sara telah mendapat kepercayaan untuk merancang program ke Korea, dia anggap inilah peluang yang dinanti untuk merealisasikan impiannya.

Tapi semua ini tak semudah yang disangka kerana dia tiba-tiba dimalukan oleh satu akaun Twitter misteri (anonymous). Nasib baiklah Sara ada abang bernama Saif dan dua orang kawan baik, Raf dan Layla yang tak putus-putus bagi semangat.

Siri ni nampak fun, persoalannya dapatkah Sara ke Korea dan menjumpainya Oppa seperti impian dalam jurnalnya? Sama-sama kita nantikan.

Journal Sara-haeyo merupakan kerjasama MsOrange Solutions dan Blimey Studios. Mempunyai 6 episod, ia dibintangi oleh Arenalieya, Alvin Chong, Aniq Suhair, Alisya Rashid, Andi Bernadee dan Adriana Adnan. So, kalau korang peminat Romance Fantasy K-Drama, wajib tengok!

Muat Turun Aplikasi Viu Untuk Strim Lebih Banyak Drama Menarik!

Amacam best tak dua drama yang kami cadangkan ni? Takdelah korang ulang-ulang tengok drama dengan plot sama. Dengan Viu korang boleh explore lebih banyak drama terbaik tempatan dan luar negara.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang korang untuk langgan Viu hari ini dan menikmati ALTER-NARATIF dan Journal Sara-haeyo

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Viu atau ikuti media sosial mereka di Instagram, TikTok, Twitter dan Facebook serta muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play dan Huawei App Gallery sekarang!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas