Connect with us

Oh! Media

Trailer Filem Terbesar, Jurassic World Dominion Bakal Saji Konklusi Ter’Epik’ Dalam Sejarah!

Trending

Trailer Filem Terbesar, Jurassic World Dominion Bakal Saji Konklusi Ter’Epik’ Dalam Sejarah!

Selepas trilogy Jurassic Park, berjaya mengangkat kisah makhluk predator prasejarah, dinosaur. Direct sequel kepada naskah itu kembali menemui penonton melalui Jurassic World, selepas 22 tahun.

ADVERTISEMENT

Masih mengekalkan konsep trilogy, tahun ini bakal menjadi pengakhiran kepada dunia Jurassic World apabila threqualnya bakal ditayangkan pada bulan Jun menerusi Jurassic World: Dominion.

Wujudkah keamanan diantara manusia & dinosaur?

Selepas trailer pertama Jurassic World: Dominion release semalam, kami yakin ramai yang teruja seperti kami ingin menyaksikan kesudahan paling epik dalam sejarah ketamadunan. Adakah keamanan antara manusia dan dinosaur dapat menjadi realiti atau bangsa manusia yang bakal berhadapan kepupusan?

Sebelum rungkai, kami kongsi dulu first trailer untuk korang yang tak tengok lagi.

Kalau korang ingat lagi, pada pengakhiran sequel Jurassic World: Fallen Kingdom,  Dr Ian Malcolm bentangkan pada Dewan Senat bahawa manusia perlu menyesuaikan diri untuk hidup bersama dinosaur selepas tragedi di Isla Nublar (pulau yang menempatkan spesies dinosaur).

Menerusi trailer pertama ni, dapat disaksikan beberapa tahun telah berlalu selepas haiwan prasejarah ini dilepaskan ke kehidupan liar. Manusia pun telah mula menyesuaikan diri hidup dengan dinosaur. Wow!

Tapi malangnya, dinosaur ni bukan kecil seperti haiwan peliharaan. Dengan jumlah yang semakin banyak, haiwan gergasi ni mula berkeliaran bebas di bumi. Manusia pula kena fikir macam mana nak survive.

Dominion bakal jadi penutup ter’epik’ Jurassic?

Pada pendapat kami threqual terakhir ni bakal menutup kemas filem dinosaur paling popular dalam sejarah ini.

Pertama sekali mestilah menerusi kemunculan pelakon asal dari francais Jurassic Park iaitu  Sam Neill (Alan Grant), Laura Dern (Ellie Sattler), dan Jeff Goldblum (Ian Malcolm). Menurut pengarah, watak mereka agak penting dalam Dominion ni, so sama-sama kita tunggu.

Dah nama pun filem dinosaur, perhatian harus diberikan kepada pemangsa prasejarah ni. Bukan sekadar menampilkan dinosaur yang popular dan menjadi kegemaran peminat seperti T-Rex, menerusi Jurassic World Dominion korang akan diperkenalkan dengan beberapa spesies baru termasuk Atrociraptor, dinosaur yang jelas lebih pantas, lebih kuat dan lebih pintar. 

Cepatlah bulan Jun, sebab kami dah tak sabar nak tonton Jurassic World Dominion ni. Untuk korang yang follow filem terepik ni, jangan lupa buat reminder untuk saksikan #MYJurassicWorld di pawagam 9 Jun nanti ya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas