Connect with us

Oh! Media

Mangsa Pertama Akibat Mercun

Umum

Mangsa Pertama Akibat Mercun

Image result for mangsa pertama mercun
Cubaan pertama kali mengubah suai mercun membawa padah kepada seorang pelajar tingkatan dua apabila mata kanannya buta setelah botol kaca mengandungi belerang meletup, di Panji di sini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam, Selasa lalu ketika pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Panji, Eman Najwan Anwar Fuad, itu sedang asyik menabur belerang yang dikeluarkan daripada mercun bola di atas timbunan bara di halaman rumahnya.
Menceritakan detik ngeri tersebut, ibu mangsa Rozita Zakaria berkata, salah seorang daripada tiga rakan anaknya yang bersama-sama ketika tragedi itu memberitahu, pada mulanya, Eman Najwan menaburkan belerang di atas bara tersebut.
Katanya, tiba-tiba botol kaca kecil mengandungi belerang dipegang anaknya itu terlepas daripada genggamannya dan terjatuh ke dalam bara yang kemudiannya terus meletup tanpa sempat menyelamatkan diri.
Akibat letupan itu, Eman Najwanmenjadi mangsa pertama mercun di Kelantan cedera serius, selain mata kanan tidak dapat diselamatkan.
Cerita Rozita lagi, mata kiri anak juga cedera terkena serpihan kaca selain kelima-lima jari kiri hancur, jari telunjuk kanan terputus dan luka di badan.
Katanya, ketika kejadian dia sedang melipat pakaian dan berlari keluar rumah apabila terdengar letupan dan terkejut apabila melihat tubuh anaknya berlumuran darah.
“Saya tengok dia ‘tersujud’ di tanah. Saya cuba nak pangku dia, tapi saya yang pengsan dulu sebab darah terlalu banyak.
“Masa itu dia langsung tidak menangis namun sedar. Jiran yang tolong hantarkan dia ke hospital sebab suami pun tidak dapat buat apa-apa kerana sangat terkejut,” katanya kepada media semalam.
Anak tunggal lelaki daripada tiga beradik itu menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.
Rozita berkata, sebelum kejadian anaknya meluahkan rasa malas untuk keluar bermain di laman rumah tetapi semuanya sudah ditakdirkan dan sudah pastinya ada hikmah di sebalik kejadian ini.
“Sebelum itu juga dia ada minta RM1 daripadanya untuk membeli minuman bersama rakan-rakannya dan saya tunaikan permintaan dia.
“Saya masih terkejut dengan kejadian ini sehinggakan bersahur dan berbuka pun hanya minum air kosong dan kurma sahaja.
“Hati ibu mana yang tidak sedih melihat keadaan anaknya begini. Selama ini saya hanya tengok kejadian melibatkan anak orang lain di televisyen,” katanya.
Rozita juga mengharapkan orang ramai mendoakan kesembuhan anaknya itu dan ada pihak yang dapat membantu keluarganya menyediakan katil bersesuaian jika dibenarkan pulang nanti.

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas