Branded
Gaji & Kemahiran Apa Yang ‘In Demand’ Sekarang? Jom Ketahui Lebih Lanjut Di Minggu MyBakat
Artikel Tajaan · Apa maksudnya?
Bila kita cakap soal pekerjaan, banyak evolusi berlaku yang telah membentuk landskap pekerjaan pada masa kini.
Perkara ini sebenarnya secara tak langsung menuntut kita untuk sentiasa fleksibel dan bersedia dalam meningkatkan kemahiran diri.
Jadi, disebabkan itu rakyat Malaysia memerlukan pendedahan yang lebih meluas mengenai kemahiran dan kebolehan baru supaya kita boleh jadi lebih bersedia untuk cabaran masa depan.
Sertai Minggu MyBakat Untuk Mendalami Keperluan Pekerjaan Masa Depan
Kalau korang nak faham lebih mendalam tentang apakah antara evolusi yang bakal mengubah landskap pekerjaan masa depan serta keperluan kemahiran, korang wajib sertai Minggu MyBakat!

Acara ini dianjurkan khas oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dengan tema ‘Bakat Negara, Nadi Malaysia’.
Menariknya, acara ini menjadi sebuah platform yang mengumpulkan pemain industri, warga akademik, pihak kerajaan serta seluruh ekosistem bakat untuk terokai kemahiran masa depan, wawasan industri, bina jaringan serta memahami perubahan dunia kerja hari ini tau.
Acara ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, dan dijangka akan menghimpunkan peserta daripada pelbagai lapisan fasa kerjaya, termasuk pelajar, graduan, tenaga kerja profesional, wanita yang mahu kembali bekerja, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), majikan serta rakan industri.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Puan Biruntha Mooruthi, Minggu MyBakat ini diadakan bertujuan memberi pendedahan lebih jelas tentang perubahan dalam dunia pekerjaan serta kemahiran yang bakal menjadi semakin penting pada masa depan.
“Minggu MyBakat membawakan semua perbincangan dalam satu ruang. Kami nak para peserta dapat pandangan baru, berinteraksi secara terus dengan wakil industri dan mentor, seterusnya pulang dengan gambaran yang lebih jelas untuk persediaan masa depan.” – kata Puan Biruntha Mooruthi.
Lebih 60 Booth Tersedia Di Minggu MyBakat
Sejujurnya, rugi kalau korang tak sertai acara ini sebab lebih 60 booth pameran yang menampilkan syarikat terkemuka dan rakan industri, termasuk CIMB Bank Berhad, Malayan Banking Berhad (Maybank), MYDIN dan ramai lagi.
Paling best, korang juga boleh menyertai sesi praktikal dan meneroka program yang berfokus pada kemahiran masa depan, pembangunan bakat dan kesediaan tenaga kerja tau.

Bukan itu saja, acara ini juga dipenuhi dengan sesi perkongsian industri, mentoring, aktiviti interaktif serta peluang untuk bina jaringan bersama pemain industri.
Terdapat 2 ruang khas iaitu MyBakat Lab, yang akan memfokuskan pada perbincangan dan konsultasi lebih mendalam dan Networking Station, ruang santai untuk korang berkenalan dan berhubung bersama wakil industri, mentor dan ahli ekosistem bakat.
Terbuka Untuk Semua, Sertai Minggu MyBakat Sekarang
Acara ini sebenarnya bukan untuk yang tengah mencari peluang pekerjaan saja tau, tapi terbuka untuk semua orang yang nak tahu insight dalam industri pekerjaan kini, kemahiran yang boleh ditambah baik serta bina jaringan bersama pemain industri.
Paling penting, kemasukan adalah PERCUMA. Jadi, tunggu apa lagi, jom sertai Minggu MyBakat sekarang! Berikut adalah butiran acara:
Tarikh: 8 October 2026
Tempat: Connexion Conference & Event Centre (NEXUS), Bangsar
Pendaftaran: mybakat.my
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi TalentCorp, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.
