Connect with us

Oh! Media

Sah Digugurkan Dalam Filem Boboiboy Akan Datang, Peminat Papa Zola Luah Kekecewaan

Oh! Lifestyle

Sah Digugurkan Dalam Filem Boboiboy Akan Datang, Peminat Papa Zola Luah Kekecewaan

Boboiboy merupakan siri animasi terkenal tanah air yang kini semakin mendapat perhatian masyarakat oleh kerana jalan cerita yang menarik serta penambahan grafik yang berkualiti tinggi.

ADVERTISEMENT

BACA: Air Selangor Kolaborasi Bersama Animasi Kanak-Kanak Popular Dalam Misi Khas BoboiBoy Air

Pada tahun 2019, Boboiboy The Movie 2 telah berjaya mengungguli carta pecah panggung dengan kutipan sebanyak RM29.57 juta menjadikan ia filem animasi pertama mencecah kutipan jutaan ringgit.

Selain dari alur ceritanya yang menarik, filem ini juga turut dihiasi dengan lawak jenaka yang sesuai untuk semua peringkat umur serta mengutamakan budaya Malaysia dalam setiap adegan filem tersebut.

Terlalu banyak watak, satu karakter akan digugurkan

Walaubagaimanapun, Pengarah Boboiboy, Nizam Razak sebelum ini pernah mengumumkan akan mengugurkan satu watak dalam animasi tersebut.

Hal itu selepas melihat terdapat lambakan karakter yang perlu dipersembahkan serta mengganggu masa tayangan bagi setiap watak sehingga ada yang terpaksa ‘dilakonkan’ dalam masa yang singkat.

Oleh sebab itu, Nizam Razak telah memuat naik sebuah hantaran di laman Facebooknya bagi meminta pandangan daripada peminat serta pengikutnya bagi membincang satu karakter yang perlu dikeluarkan.

Dengar pendapat ramai, Papa Zola akhirnya digugurkan

Dalam satu hantarannya baru-baru ini, Nizam yang juga merupakan pelakon suara bagi watak Papa Zola akhirnya mengesahkan watak Papa Zola akan dibuang daripada filem Boboiboy akan datang.

Papa Zola adalah seorang guru kepada Boboiboy dan rakan-rakan serta terkenal dengan aksi jenaka yang mampu difahami oleh semua golongan. Tidak lupa juga tagline ‘kebenaran’ yang sudah cukup mencerminkan identitinya yang tersendiri.

Selepas membaca komen dan feedback anda semua, confirmed Papa Zola will be dropped for next BoBoiBoy Movie.

Menurutnya, watak-watak lain perlu diberi peluang untuk lebih dipertontonkan dalam filem tersebut dan keputusan membuang Papa Zola adalah pilihan terbaik setakat ini.

Bagaimanapun, peminat Papa tak perlu risau lagi sebab watak tersebut masih ada lagi dalam siri animasi dan bukannya dimatikan. Mungkin selepas ini dalam bentuk cameo atau sebaliknya.

Kebenaran dah tiada, peminat zahir rasa sedih

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menzahirkan rasa kecewa serta sedih melihat salah satu karakter kegemaran mereka akan digugurkan tidak lama lagi.

Namun, ada juga yang mencadangkan agar Nizam Razak menerbitkan sebuah siri atau filem lain yang memfokuskan kepada watak Papa Zola itu sendiri.

Setakat ini, perkongsian itu telah mendapat 2,000 tanda suka serta telah dikongsikan sebantak 387 kali.

Kredit: Facebook Nizam Razak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas