Connect with us

Oh! Media

BoboiBoy Galaxy SORI Ungguli Carta Netflix, YouTube & Saluran TV9. Drama Popular Korea Pun Kalah!

BOBOIBOY OM

Trending

BoboiBoy Galaxy SORI Ungguli Carta Netflix, YouTube & Saluran TV9. Drama Popular Korea Pun Kalah!

Dua belas tahun bukan satu jangka waktu yang singkat. Namun, sedar tak sedar itulah jangka masa siri animasi kanak-kanak popular BoboiBoy telah bersiaran.

ADVERTISEMENT

Bermula dengan misi mempertahankan bumi daripada ancaman makhluk asing, BoboiBoy dan rakan-rakan telah menggembara ke galaksi bagi menjaga keamanan dan melawan musuh yang ingin merampas Power Sphera.

Kami yakin rata-rata yang membesar dengan siri BoboiBoy kini pastinya dah menginjak remaja dan dewasa kan?

BoboiBoy Galaxy SORI ‘Tawan’ Platform Penstriman Netflix, YouTube saluran televisyen tempatan TV9! 

Untuk recap sedikit mengenai siri BoboiBoy Galaxy, BoboiBoy telah berjaya menguasai 7 Kuasa Elemental yang terdiri daripada Petir, Angin, Tanah, Api, Air, Daun dan Cahaya.

Pemilik asal Kuasa Elemental, seorang makhluk purba, Retak’ka ingin merampas kembali kuasa itu untuk menjadi makhluk paling kuat dan seterusnya menguasai galaksi.

Memasuki musim kedua, pengembaraan BoboiBoy bermula di galaksi SORI bagi mendapatkan kuasa elemental baru. Siri ini diolah semula dari siri komik. BoboiBoy akan mengembara ke planet-planet baru, berlawan dengan musuh baru dan siap tukar-tukar baju lagi!

BoBoiBoy Galaxy SORI telah pun ditayangkan bermula awal Disember dengan keseluruhan 6 episod di Netflix, YouTube dan saluran TV9.

Paling membanggakan sejak mula ditayangkan, 6 episod BoBoiBoy Galaxy SORI berjaya menawan hati peminat setia dengan mencatatkan 65 juta tontonan di saluran YouTube Monsta.

Di aplikasi penstriman Netflix, siri BoboiBoy Galaxy SORI tidak kurang hebatnya apabila mengungguli carta di tempat pertama ranking siri popular tempatan mengalahkan siri antarabangsa seperti My Demon dari Korea dan Yu Yu Hakusho dari Jepun.

TV9 turut berjaya mencatatkan capaian penonton hampir 1.8 juta untuk 4 episod pertama sejak mula bersiaran pada 13 Disember lalu, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 6.30 petang. Jumlah purata tontonan bagi 4 episod tersebut adalah sebanyak 665,000 penonton menjadikan BoBoiBoy Galaxy Sori antara rancangan animasi tertinggi sepanjang musim cuti sekolah hujung tahun ini.

Untuk pengetahuan korang juga siri BoBoiBoy Galaxy musim kedua ini dibahagikan kepada empat arc iaitu BoBoiBoy Galaxy SORI, BoBoiBoy Galaxy Windara, BoBoiBoy Galaxy GenBara, dan BoBoiBoy Galaxy Gur’latan.

Siri BoBoiBoy Galaxy Windara dijangka menemui peminat pada cuti sekolah bulan Julai 2024. So, stay tuned!

BoboiBoy Galaxy Card Temui Pemilik Kad Emas!

Menghangatkan lagi musim tayangan BoboiBoy Galaxy SORI, pertandingan akhir BoBoiBoy Galaxy Card Championship 2023 telah pun diadakan di AEON Mall AU2 Setiawangsa pada minggu lalu.

Seramai 32 daripada 224 peserta yang mengambil bahagian telah berentap di peringkat akhir bagi merebut Gold Card Galaxy Edisi Khas dan wang tunai bernilai RM2,000.

Tahniah diucapkan kepada adik Iqlas yang berjaya menjadi pemenang tempat pertama.

BoboiBoy Galaxy SORI kini boleh ditonton di Netflix, YouTube Monsta dan saluran TV9. Untuk update terbaru mengenai BoboiBoy, ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas