Umum
Avengers Endgame Akan Ditayangkan Semula Pada 29 Jun Ini

Berita baik buat peminat tegar filem Avengers, GSC dan TGV telah mengumumkan tarkh tayangan semula Avengers Endgame pada 29 Jun ini. Pihak Marvel juga ada mengesahkan bahawa ia akan memaparkan intro khas daripada Anthony Russo, penambahan adegan baharu dan juga video khas untuk Spider Man Far From Home.
Walaubagaimanapun, tiket, serta pawagam yang akan menawarkannya masih tidak dikongsi. Mereka mengatakan maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian.
See Marvel Studios’ #AvengersEndgame on the big screen one more time before it leaves theaters starting 29 JUNE!See a special intro from director Anthony Russo, an unfinished deleted scene, and a special sneak peek from #SpiderManFarFromHome.
More info coming. Stay tuned!! pic.twitter.com/MTLdqSZUu7
— GSC Cinemas (@GSCinemas) June 25, 2019
Tayangan semula ini mungkin adalah salah satu usaha Disney ingin menjadikan Avengers Endgame sebagai filem dengan kutipan tertinggi dan mengalahkan Avatar yang juga kini adalah filem mereka. Endgame setakat ini memerlukan lebih RM150 juta untuk mengejar Avatar.
Jika dilihat pada jumlah RM150 juta, ia amat mudah untuk dicapai Marvel dengan peminatnya yang sangat ramai. Apa-apapun, kita lihat hasilnya nanti.
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Oh! Makan
