Branded
29 Hari Sebelum ‘Doomsday’, Bukit Bintang Heboh Dengan Peminat Marvel! Ini Antara Sorotan Menarik
Artikel Tajaan · Apa maksudnya?
Mana peminat MCU dekat sini? Korang mesti dah tak sabar nak tengok Avengers: Doomsday kan!
Korang tahu tak, baru-baru ni dekat Bukit Bintang, peminat-peminat MCU berkumpul untuk buat countdown bersama-sama sempena tayangan filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini!
Tapi, tahu tak ada ‘twist’ selepas perhitungan detik tayang tu tau. Kalau nak tahu meh sini kami kongsikan antara sorotan menarik.
Captain America, Scarlet Witch, Thanos & Ramai Lagi Watak Marvel Kelihatan Di Lot10
Salah satu sorotan menarik yang pastinya membuatkan acara ini lebih meriah dan bermakna adalah apabila kebanyakan peminat memakai kostum watak kegemaran tau!

Setelah dijuri setiap satu kostum dan cara peminat membawakan watak tersendiri, empat pemenang telah dipilih memenangi hadiah pakaian terbaik. Tahniah diucapkan buat pemenang.
Debaran Penantian Lebih Dirasai Dengan Iringan Orkestra
Bukan itu saja, acara ini turut memberikan debaran seolah-olah seperti dalam filem Marvel sendiri apabila pasukan orkestra koir Selangor dan Kuala Lumpur mempersembahkan persembahan orkestra The Sound of Doomsday secara langsung.

Ini membuatkan vibe dan suasana acara lebih mendebarkan terutama sekali semasa Doomsday Countdown Clock, menghitung detik menuju tayangan filem tersebut pada 17 Disember ini.
Grab Malaysia Ambil Alih Dengan ‘Assemble to Save’

Lebih mengejutkan ramai, setelah perhitungan tamat, Grab Malaysia pula mengambil alih acara dengan kempen ‘Assemble to Save’ dan memenuhi setiap papan iklan digital di Bukit Bintang.

Menariknya, peminat yang hadir ke acara ini memenangi hadiah menerusi permainan Avengers Fan Challenge Trivia Game, di mana mereka mempamerkan pengetahuan mereka tentang filem Avengers: Doomsday.
Selain itu, penyertaan ini juga berfungsi sebagai peluang tambahan untuk memenangi barangan eksklusif menerusi cabaran Group Ride oleh Grab.
Jimat Sehingga 40%, Jaket Varsity Edisi Terhad & Tiket Percuma Menonton Avengers: Doomsday Dengan Group Rides by Grab
Apa yang membuatkan kempen ini lagi best adalah pengguna Grab Malaysia berpeluang untuk memenangi tiket secara percuma untuk menonton filem Avengers: Doomsday, Jaket Varsity Avengers: Doomsday Edisi Terhad, penjimatan sebanyak 40% dan banyak lagi dengan Group Rides by Grab.






Macam mana nak menang? Senang kacang saja, hanya perlukan dua orang untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 2 perjalanan ‘Group Ride’ saja tau. Senang kan?
Kempen “Assemble To Save” oleh Grab ini akan berlangsung dari 15 November hingga 20 Disember 2026 saja.
Jadi, ajak kawan-kawan korang dan tempah ‘Group Ride’ sekarang untuk menikmati penjimatan berbaloi dan pelbagai lagi ganjaran eksklusif sementara menantikan 17 Disember 2026!
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Grab Malaysia atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.
