
Oh! Artis
Viral Semula Rakaman Kontroversi Aksi Parut Kelapa Shuib Lepas Pendedahan Jep
Oleh
Semalam, anggota kumpulan Sepahtu, Jep akhirnya mendedahkan punca mengapa Shuib tak muncul dalam rancangan Sepahtu Reunion Live (SRL).
Menerusi satu hantaran di Instagram, Jep dipercayai membuka mulut menjawab spekulasi yang selama ini menjadi tanda tanya peminat lebih-lebih lagi apabila Shuib menyertai Ubi Superstar Live.
BACA: “Hati Pun Telah Tawar” – Jep Sepahtu Luah Apa Yang Berlaku Sebenarnya Dengan Shuib Ubi
Menurut Jep, semuanya bermula apabila Shuib digantung selama dua minggu berpunca daripada satu babak lucah memarut kelapa sehingga mengundang kecaman ramai.
Walaupun dah membuat permohonan maaf, Jep mendakwa Shuib seolah-olah tak berpuas hati dengan hukuman pergantungan itu.
Jep akhirnya keluarkan kenyataan
Ada unsur lucah dr shuib katanya…mcmna ngn jep pulak..double meaning…jep ni lebih nk menangkn diri…apa yg dia buat mesti nk btul…klo org lain buat tk leh mcm mcm.. pic.twitter.com/LUJcvYuhmA
— JumboToner (@TonerJumbo) March 5, 2023
Susulan pendedahan itu, tular semula video memaparkan babak tersebut. Kelihatan Shuib ketika itu sedang memarut kelapa sambil membuat ekspresi muka sehingga perilakunya disalahtafsir.
Viral semula video parut kelapa
Dalam laporan Harian Metro pada 2020, Shuib membuat permohonan maaf secara terbuka selepas aksinya memarut kelapa pada program Sepahtu Live Reunion didakwa berunsur lucah. Kata Shuib, dia taak berniat sebegitu melainkan hanya untuk melawak.
Kredit: Harian Metro | Twitter | Youtube
