Connect with us

Oh! Media

“Hati Pun Telah Tawar” – Jep Sepahtu Luah Apa Yang Berlaku Sebenarnya Dengan Shuib Ubi

jep sepahtu

Oh! Artis

“Hati Pun Telah Tawar” – Jep Sepahtu Luah Apa Yang Berlaku Sebenarnya Dengan Shuib Ubi

Akhirnya punca mengapa pelawak Shuib tidak lagi bersama kumpulan Sepahtu terjawab selepas Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Abidin meluahkan perkara sebenar di Instagram.

ADVERTISEMENT

Shuib sebelum ini berkata cubaan memujuk dirinya untuk kembali bersama Sepahtu tidak berlaku dan memberi bayangan rakan-rakannya tahu apa yang terjadi.

Jep Sepahtu mahu hentikan sinetron yang bermain. Jangan libatkan saya dalam marketing murahan ini…

Hari ini dengan gerak dan izinNya, saya rasa dah tiba masanya untuk saya hentikan sinetron yang dimainkan ini. Saya bukan orang yang kamaruk dengan publisiti untuk kena sentiasa ada tulisan pasal diri saya.

Jadi harini saya akan bagi tahu kenapa dia takde dalam SRL bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah. Ini kerana jawapan yang selalu dia keluarkan tergantung dan sentiasa berubah-ubah. 

Shuib buat aksi lucah jadi punca ini semua bermula…

Ceritanya bermula ada babak yang dia mainkan dalam SRL mendapat kecaman teruk dari penonton. Aksi lucah itu berlaku ketika babak dia sedang mesin kelapa.

Jadi pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia minta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu. Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada kami pemain yang lain. Ini kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur.

Masih tidak puas hati walaupun sudah memohon maaf..

jep sepahtu

Setelah meminta maaf, dia masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi kata dua sekiranya dia masih digantung 2 minggu dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal.

Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba. Tidaklah kami melutut memujuk tp kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tanpa dia.

Peminat terus menerus bertanya. Tak ada kenyataan sebenar atas apa sebenarnya yang berlaku yang dikeluarkan. Yang sering dibuat kenyataan tergantung, kenyataan yang mendatangkan tanda tanya. Saya perhati saja. Fikiran saya tak perlu saya ikut campur, itu keputusan dia. Terpulang pada dia. 

Dalam pada itu, Jep memaklumkan Sepahtu tidak pernah membuangnya tetapi terkejut selepas melihat Shuib keluar dengan pelbagai program walaupun pernah berkata mahu berehat dari dunia hiburan.

Sepahtu tidak pernah buang Dia. Malah disatu waktu kami yang tertunggu dia kembali. Disaat dia nyatakan dia rehat dari dunia hiburan dan tak mahu buat rancangan apa pun satu per satu rancangannya keluar. Buat kami temangu mangu. 

Tak apalah. Kini hati pun telah Tawar. Waktu berlalu pergi. Kisah kami yang indah indah saya simpan sendiri. Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi. Tidak ada sedikit rasa marah dan dendam cuma kenyataan untuk pembetulan. Walau tidak bersama sepahtu , doa saya tetap bersama dia. Dimana pun dengan siapapun. Semoga berjaya .

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas