Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Tular Dua Wanita Bertengkar Gara-Gara ‘Parking’ Kereta

Trending

(VIDEO) Tular Dua Wanita Bertengkar Gara-Gara ‘Parking’ Kereta

Tidak dinafikan lagi, keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia dilihat sangat utuh dan rata-ratanya menunjukkan sifat kasih sayang bagi mengerat hubungan antara satu-sama lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Suami Isteri Bertengkar, Anak Jadi Mangsa Keadaan

Namun disebalik hubungan itu, ada juga kejadian melibatkan pergaduhan antara individu walaupun ia hanya berpunca dari hal yang remeh. Lebih sedih apabila perkara kecil itu turut mendatangkan kecederaan.

Dua wanita bergaduh mulut gara-gara tempat letak kereta

Bagaimanapun, kejadian serupa berlaku baru-baru ini selepas tular sebuah video memaparkan dua individu wanita bertengkar di sebuah perumahan.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Twitter, kejadian itu dipercayai berlaku gara-gara salah paham membabitkan tempat letak kereta.

Selain itu, pergaduhan itu juga dikatakan berlaku kerana si perakam berang dengan tindakan seorang pemandu wanita kerana meletakkan kenderaan sesuka hati.

Difahamkan, tindakan pemandu itu yang meletakkan kenderaan sesuka hati itu telah menyusahkan orang ramai sehingga menghalang lalu lintas.

Perakam itu juga turut menghemburkan kata-kata kesat sehingga berlaku pertengkaran antara mereka selain turut merakam wajah serta kenderaan pemandu tersebut.

Tak tahan dimaki, pemandu wanita nekad sembur cecair pembasmi kuman

Selain itu pemandu wanita itu juga sempat menunjukkan isyarat lucah selepas tidak berpuas hati dengan sikap si perakam.

Lebih mengejutkan, pemandu itu turut keluar daripada kenderaan sebelum bertindak menyemburkan cecair pembasmi kuman kepada wanita tersebut.

Si perakam juga turut mempersoal tindakan itu dan difahamkan pemandu itu berbuat demikian kerana tidak tahan dengan makiannya yang bersifat ‘kotor’.

Tidak cukup dengan itu, pemandu wanita tersebut dipercayai turut menendang si perakam sebaik sahaja menyembur dengan cecair tersebut.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selain turut terhibur dengan aksi pemandu yang menyemburkan cecair pembasmi kuman tersebut.

Setakat ini, video tersebut telah mencapai lebih daripada 7,400 jumlah tontonan serta mendapat 111 tanda suka.

Kredit: Twitter Jabatan Netizen Malaysia I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas