Connect with us

Oh! Media

Tolak Warga Emas Sampai Patah Tulang Belakang, Lelaki 65 Tahun Ditahan Gara-Gara Berebut Parking!

Ohmedia ketua polis balai kena tangkap

Trending

Tolak Warga Emas Sampai Patah Tulang Belakang, Lelaki 65 Tahun Ditahan Gara-Gara Berebut Parking!

Kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi besar bila emosi tak dikawal. Itu yang terjadi di Masjid Tanah, Melaka apabila seorang lelaki berusia 65 tahun ditahan polis selepas menolak seorang warga emas berusia 85 tahun sampai jatuh dan patah tulang belakang.

Semuanya cuma sebab berebut tempat letak kereta. Memetik laporan Kosmo!, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi 4 April lalu di hadapan sebuah pasar raya.

Berebut parking punya pasal

Parking
Kredit foto Kosmo

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, insiden ni berpunca daripada salah faham antara dua individu yang tak saling mengenali.

IKLAN

Difahamkan mangsa menunggu di dalam kereta dengan cara membuat parkir bertindih. Tindakan itu dipercayai dilakukan untuk menghalang suspek keluar dari petak parkir menyebabkan berlaku insiden salah faham.

Suspek tolak mangsa hingga jatuh

Ohmedia polis tahan bapa datuk bapasaudara rogol

Disebabkan rasa tak puas hati, suspek dikatakan terus menolak mangsa dengan kuat sampai dia terjatuh terlentang ke atas jalan dan mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang.

Susulan kejadian tersebut, pihak polis berjaya mengesan suspek dan menahannya pada Ahad lalu. Suspek kini direman selama dua hari hingga Rabu untuk siasatan lanjut.

Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kes macam ni betul-betul buka mata kita semua betapa pentingnya kawal emosi dan jangan bertindak terburu-buru, lebih-lebih lagi bila melibatkan orang tua.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas