Connect with us

Oh! Media

Usahawan Kelantan Habiskan RM1 Juta Untuk Hari Jadi Anak, Hadiahkan Vellfire Dan Jam Rolex

Ohmedia usahawan

Trending

Usahawan Kelantan Habiskan RM1 Juta Untuk Hari Jadi Anak, Hadiahkan Vellfire Dan Jam Rolex

Segala kemahuan anak sudah ditunaikan setiap hari, bila tiba hari jadi buntu pula!

Siapa sangka, sambutan ulang tahun kelahiran ke-11 seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Yaya baru-baru ini menjadi tular selepas ibunya, usahawan terkenal Farhana Zahra membuat kejutan luar biasa yang nilainya mencecah RM1 juta!

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Farhana berkongsi momen-momen manis ketika meraikan hari istimewa anak tersayang.

“Maafkan Mama, ini je Mama mampu bagi…”

Paling mencuri perhatian ramai, apabila Farhana menghadiahkan sebuah kereta mewah Toyota Vellfire yang siap dihias rapi dengan belon dan reben gergasi sebagai hadiah hari jadi Yaya.

IKLAN
@farhanazahra91

Selamat ulang tahun Yaya yang ke 11 tahun, besar da anak mama, semoga cita-cita untuk menjadi business women berjaya menjadi kenyataan 🥺 #farhanazahra91 #farhanazahra #cikna

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Dalam kapsyen video tersebut, Farhana berkata dia hanya menghabiskan RM1 juta untuk sambutan hari jadi anak kali ini.

Dia juga tak tahu nak hadiahkan apa kerana segala kemahuan anak sudah ditunaikan setiap hari.

Maafkan Mama, ini je mama mampu bagi untuk anak mama, RM1 juta sahaja mama habiskan untuk birthday kali ni.

Majlis hari jadi itu juga diadakan secara besar-besaran dengan dekorasi penuh glamor lengkap dengan pelbagai hadiah mewah termasuk produk Louis Vuitton, barangan Apple dan jam tangan Rolex.

Hadiahkan kereta mewah walaupun anak baru berusia 11 tahun

Usahawan

Yaya yang tampil anggun dalam gaun hitam berkilauan dilihat teruja menerima setiap kejutan demi kejutan daripada ibunya.

Tambah menyentuh hati, Farhana turut berkongsi bahawa dia sengaja ‘buat-buat lupa’ tarikh hari jadi anaknya demi menjayakan kejutan yang dirancang.

Masa birthday dia, dua kali dia datang dan tunggu mama wish, tapi mama buat tak tahu je… Sorry sayang.

Ternyata, perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang kagum dan ada juga mengecam usahawan ini yang dikatakan sengaja menunjuk-nunjuk kekayaan.

Pssttt! Macam tu je Cik Na habiskan RM1 juta. Semoga Cik Na semakin murah rezeki, kaya raya dan berjaya!

Kredit: TikTok @farhanazahra91
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas