Trending
Tragedi Gunung Liang: Rakan Karib Dedah Situasi Sebenar, Nafi Tinggal Arwah Membuta Tuli
Rakan arwah Mustaqqeem kongsi detik akhir sebelum tragedi di Gunung Liang. Jelaskan usaha mencari dilakukan.
Polis mengesahkan hasil bedah siasat mendapati pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansor meninggal dunia akibat hipotermia atau kesejukan melampau.
Bedah siasat dijalankan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan kini jenazah telah dibawa ke kampung halaman untuk dikebumikan.
Terbaru, Harian Metro melaporkan salah seorang sahabat rapatnya, Muhammad Hafidz Mohd Kamal, yang turut sama dalam pendakian berkongsi detik-detik akhir bersama arwah serta usaha yang dilakukan selepas menyedari Mustaqqeem tidak muncul seperti yang dijanjikan.
Sempat tolong kurangkan beban sebab Mustaqqeem sakit kaki

Menurut Hafidz, insiden itu bermula sekitar jam 2 pagi Isnin ketika mereka baru melepasi titik pemeriksaan Kem Iguana dalam perjalanan ke puncak Gunung Liang.
Ketika berjumpa di Kem Batu Tenggek, Mustaqqeem mengadu sakit kaki dan Hafidz membantu bawa barangan yang tidak penting, termasuk pakaian basah untuk mengurangkan bebannya.
Selepas itu, mereka meneruskan pendakian ke puncak dan berhasrat menunggu arwah di sana. Namun Mustaqqeem tidak kunjung tiba selepas lama menunggu.
Kami dapat tahu dia berada di belakang bersama malim gunung yang bertugas sebagai ‘sweeper’.
Di puncak, Hafidz berkumpul dengan kumpulan pendakian di bahagian tengah dan berhasrat untuk tidur di puncak.
Namun cuaca ketika itu tidak mengizinkan seperti mahu ribut menyebabkan mereka membuat keputusan turun ke Kem 7E.
Cerita kronologi sebenar

Di Kem 7E, mereka menunggu Mustaqqeem hampir tiga jam sambil cuba menghubungi ‘sweeper’ menggunakan walkie talkie, namun gagal mendapat isyarat.
Saya dan seorang rakan dikenali sebagai Romandi menghubungi ‘sweeper’ yang bersama Mustaqqeem menggunakan ‘walkie talkie’, tetapi isyarat panggilan tidak masuk.
Jelasnya, ketika itu mereka agak risau kerana Mustaqqeem dan ‘sweeper’ tidak dapat dihubungi.
Kemudian, mereka turun ke Kem Lubuk Hantu dan menunggu selama tiga jam namun kelibat Mustaqqeem masih tidak kelihatan.
Katanya, mereka tiba di kaki gunung sekitar jam 6.30 pagi Rabu. Dia dan seorang lagi rakan bernama Rafiq menunggu di kaki gunung sehingga jam 8 pagi dan nekad naik semula untuk mencari Mustaqqeem tanpa ‘guide’.
Pada 9 pagi Rabu, kami membeli bekalan makanan dan mendaki semula tanpa bantuan ‘guide’, saya masuk semula ke pintu masuk trek jam 12.45 tengah hari Rabu dan terserempak dengan ‘sweeper’. ‘Sweeper’ hanya memaklumkan Mustaqqeem sedang cuba menuruni gunung dan berada dalam keadaan ‘okey’.
Mereka mencari di Kem 7E dan kawasan berair di Kem Lubuk Hantu kerana menyangka Mustaqqeem berada di situ.

Namun, keadaan cuaca yang tidak menentu memaksa mereka berpatah balik sekitar jam 6 petang kerana ribut kuat di kawasan gunung.
Mereka menolak dakwaan bahawa arwah Mustaqqeem ditinggalkan oleh rakan-rakan pendakian sehingga membawa kepada tragedi.
Dalam aktiviti pendakian tidak ada istilah tinggal atau tak tinggal. Umpamanya kalau kita pergi ke depan ada orang maka ada orang tunggu dia dalam had tempoh masa tertentu.
Jelasnya, Mustaqqeem tidak ditinggalkan secara membuta tuli kerana mereka mengambil inisiatif untuk mencari Mustaqqeem ketika itu.
Rafiq menegaskan, mereka sudah berusaha sedaya upaya mencari Mustaqqeem sebaik menyedari dia tidak turun bersama kumpulan utama.
Pssttt! Apa yang berlaku kepada arwah Mustaqqeem menunjukkan betapa berisikonya dunia pendakian, walaupun dilakukan oleh mereka yang berpengalaman. Kadang-kadang, keadaan cuaca dan faktor fizikal boleh menjadi punca yang tidak dijangka. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan keluarganya diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM