Connect with us

Oh! Media

(Video) Tontonan FB LIVE Abang Bundle Naik Mendadak Gara-Gara Tertidur Semasa Menjual Baju

Trending

(Video) Tontonan FB LIVE Abang Bundle Naik Mendadak Gara-Gara Tertidur Semasa Menjual Baju

Sejak PKP ni makin ramai pula peniaga yang berhijrah ke jualan ‘online’. Lebih-lebih lagi peniaga-peniaga yang ada kedai fizikal dan antara kaedah paling popular yang digunakan mereka adalah dengan menjual secara LIVE di media sosial.

ADVERTISEMENT

Ada yang memilih untuk LIVE di Facebook dan ada juga yang lebih memilih Instagram, tapi mana-mana ‘platform’ pun tidak menjadi masalah. Ini kerana, menjual barang secara LIVE dikatakan lebih mudah untuk para peniaga dan juga bakal pembeli kerana mereka boleh melihat secara terus produk yang ingin mereka beli.

Sebelum ini tular satu kisah dimana seorang insan telah membeli dan bersedekah di Facebook LIVE seorang makcik yang juga merupakan peniaga baju bundle. Kisah makcik itu juga turut menarik perhatian ramai apabila ada yang sebak melihat kesungguhan makcik itu menjual baju bundle pada pukul 1 pagi.

Kali ini, lagi sekali kisah peniaga baju bundle menjual secara LIVE tular di media sosial. Tapi ceritanya kali ini berbeza sikit dengan kisah makcik hari tu.

LIVE seorang peniaga bundle ini dikatakan telah menjadi bualan ramai apabila peniaga itu secara tiba-tibanya telah tertidur ketika sedang membuat LIVE jualan pakaian terpakai di Facebooknya.

Kisah ini menjadi lebih menarik apabila jumlah tontonan FB LIVE itu dikatakan naik secara mendadak sehingga mencecah 1 ribu tontonan pada satu masa, semasa lelaki itu sedang tidur.

Lelaki itu juga turut berdengkur di dalam LIVE itu sehinggakan ada yang mula berasa kasihan dan meminta kepada sesiapa yang mengenali lelaki itu untuk menghubunginya supaya menutup FB LIVE itu.

https://twitter.com/1mrn23/status/1367519156489232387?s=20

Dalam kalangan netizen ada juga yang berasa terhibur dengan kejadian yang tidak disengajakan itu dan ada juga yang turut bersimpati dengan usaha gigihnya untuk mencari pendapatan sehingga tertidur.

Kita doakan semoga Abang Bundle ini dimurah rezeki. Lepas ni bolehlah kita sama-sama sapot abang ni biar dia lebih semangat buat LIVE. Dengar citer dah ada ramai yang minat dengan baju-baju abang ni.

Kredit: 1mrn23

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas