Connect with us

Oh! Media

Tiga Pengacara Terkejut, PM ‘Ambil Alih’ Kerja Tanya Soalan

Trending

Tiga Pengacara Terkejut, PM ‘Ambil Alih’ Kerja Tanya Soalan

Baru-baru ini, Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah terlibat dalam satu wawancara eksklusif dalam membincangkan topik Konsep Keluarga Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: “Percaya Masa Sudah Semakin Hampir”, Apa Yang Dimaksudkan Perdana Menteri?

Siaran langsung tersebut telah ditayangkan di stesen televisyen tempatan, TV3 semalam bersama tiga orang pengacara dari berbeza pengamal media.

Menerusi temu bual itu, Ismail Sabri berharap agar konsep tersebut menjadi panduan kepada kerajaan untuk meningkatkan prestasi, pelaksanaan dasar, dan sistem penyampaian yang lebih baik kepada keluarga Malaysia.

Dalam masa sama, beliau berharap perbezaan sedia ada dalam kalangan rakyat negara ini sebagai kelebihan dan ia perlu diraikan.

Pengacara terkejut PM tanya soalan

Namun, disebalik wawancara itu, terdapat sebuah kejadian unik berlaku selepas Perdana Menteri Malaysia itu secara tiba-tiba bertanyakan soalan kepada pengacara yang terlibat.

Tiga pengacara iaitu Azaria Tagaya dari TV3, Terrece Joseph Dass (RTM) dan Cynthia NG (Astro Awani) dilihat tergamam dan terkejut dengan tindakan spontan beliau.

Perkara tersebut dikongsikan oleh salah seorang pengacara itu, Azaria Tagaya di laman Instagramnya memaparkan tindakan ‘sempoi’ Ismail Sabri mengambil alih tugas sebagai hos dengan bertanya kepada mereka mengenai maksud Keluarga Malaysia.

Soalan spontan itu bagaimanapun mendapat reaksi positif daripada pengacara tersebut selain disifatkan sebagai jarang berlaku dalam wawancara eksklusif bersama Perdana Menteri.

Menurut Azaria, beliau mengakui bahawa perkara seumpama itu pertama kali dilaluinya apabila ditanyakan soalan oleh Perdana Menteri.

Datuk Seri rasanya ini kali pertama Perdana Menteri bertanya kita soalan dalam wawancara eksklusif. Nanti beliau ambil kerja kita pula selepas ini.

Selain itu, video berkenaan juga turut dikongsikan di akaun TikTok sebuah televisyen swasta dan telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen.

Lebih menarik, ramai menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang yang sempoi selepas membuat jenaka selain tidak mewujudkan jarak antara pemimpin dan rakyat.

Kredit: Instagram Azaria Tagaya I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas