Connect with us

Oh! Media

“Percaya Masa Sudah Semakin Hampir”, Apa Yang Dimaksudkan Perdana Menteri?

rentas negeri

Oh! Negara

“Percaya Masa Sudah Semakin Hampir”, Apa Yang Dimaksudkan Perdana Menteri?

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob nampaknya percaya yang masa sudah semakin hampir untuk memberikan kebenaran merentas negeri kepada rakyat. Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri dalam wawancara eksklusif di stesen televisyen tempatan malam tadi.

ADVERTISEMENT

Keyakinan ini diluahkannya setelah melihat tahap peratusan vaksinasi bagi orang dewasa sudah mencapai lebih 86 peratus. Ini bermakna tinggal beberapa peratus lagi untuk mencapai target 90 peratus dewasa menerima vaksin lengkap.

PM faham rakyat mengeluh tidak dapat jumpa ibu bapa

Saya percaya ramai yang nak balik kampung…sesetengah itu dah setahun lebih tak tengok ibu bapa mereka, sesetengah (ada yang) ibu bapa tak sihat. Saya tahu, arwah mak saya dahulu kalau saya tak balik setiap minggu atau dua minggu sekali, dia akan menangis apabila telefon saya.

Ramai yang saya percaya mempunyai situasi seperti yang saya pernah hadapi dahulu. Kita faham tetapi kerana masalah kesihatan, kita sekat pergerakan kita tetapi saya dah kata kita tak akan sekat pergerakan rakyat selama-lamanya.

PM jawab mengapa dahulu kata 80 peratus tapi sekarang 90 peratus

Dalam temubual itu, Ismail Sabri turut menjelaskan mengapa peratusan untuk memberi kebenaran rentas negeri ini dinaikkan 10 peratus lagi. Beliau memaklumkan pihaknya telah membuat penilaian semula dan mendapati masih ada negeri yang mencapai peratusan yang rendah.

Jadi kalau kita buka seluruh Malaysia, kita tak nak tinggalkan negeri-negeri yang masih kecil peratusan vaksin di negeri mereka. – Jelasnya.

Nampaknya masanya sudah semakin dekat untuk kita melepaskan rasa rindu berjumpa ibu bapa di kampung. Semoga kebenaran yang diberikan nanti digunakan sebaiknya. Jangan lupakan SOP dan terus amalkan norma baharu. #kitajagakita

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas