Connect with us
Nur Farah Kartini

Trending

Terbaru! Polis Sahkan Sesuatu Mengenai Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini

Malam tadi kecoh di media sosial apabila mayat Nur Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lepas telah dijumpai di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

BACAMengejutkan! Nur Farah Kartini Yang Hilang Dipercayai Dibunuh

IKLAN

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, seorang lelaki yang disahkan adalah teman lelaki kepada mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan siasatan yang dilakukan berhubung kehilangan mangsa dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Kini, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk permohonan reman.

Nur Farah Kartini

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas