Connect with us

Oh! Media

Menteri Pembangunan Wanita Lakukan Tindakan Pantas, Kes Pemandu Bas Jadikan Murid Sekolah Konten

Ohmedia pemandu bas sekolah

Trending

Menteri Pembangunan Wanita Lakukan Tindakan Pantas, Kes Pemandu Bas Jadikan Murid Sekolah Konten

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, menegaskan bahawa tindakan pemandu bas yang menjadikan murid sekolah sebagai konten TikTok adalah tidak boleh diterima dan perlu dihentikan segera.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tersebarnya video TikTok pemandu bas tersebut yang memaparkan murid sekolah rendah dengan kepsyen yang kurang sesuai.

Video tersebut ditonton oleh jutaan orang sehingga mencetuskan kebimbangan masyarakat.

IKLAN

Arahkan JPKK buat laporan polis segera!

Nancy Shukri memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas tersebut.

Tingkah laku ini tidak diterima dan tidak sepatutnya dinormalisasi. Saya telah mengarahkan JPKK untuk membuat laporan polis dengan kadar segera dan kami sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa.- Katanya menerusi platform X.

Tak faham macam mana 600k lebih boleh follow mamat ni dekat TikTok…

Pemandu bas berkenaan dilaporkan mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok dan telah memuat naik video-video murid sekolah, termasuk murid perempuan dengan kapsyen yang tidak sesuai. Video tersebut telah menarik perhatian ramai di ruangan komen, dengan pelbagai reaksi dari masyarakat.

Melanggar Hak dan Privasi Kanak-Kanak…

Nancy Shukri menambah, berkongsi gambar dan video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah salah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Pemandu Bas

Sebelum ini, akaun pemandu bas tersebut telah menjadi viral apabila konten yang memaparkan murid sekolah digunakan untuk meraih tontonan tinggi, dengan kapsyen yang dianggap tidak sesuai. Situasi ini mencetuskan kebimbangan ibu bapa dan masyarakat yang prihatin akan keselamatan kanak-kanak.

Ohmedia pemandu bas sekolah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Aplikasi X


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas