Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Hadiahkan Baju Melayu, Anwar Usik Pasal Bella Astillah

Ohmedia pmx syed saddiq bella

Oh! Artis

Syed Saddiq Hadiahkan Baju Melayu, Anwar Usik Pasal Bella Astillah

Nampaknya, Ahli Parlimen muar, Syed Saddiq sekali lagi diusik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang hubungannya dengan Bella Astillah.

Usikan itu dilakukan PMX ketika Syed Saddiq memberikan hadiah baju Melayu di Dewan Rakyat.

Dalam video di TikTok, Syed Saddiq dilihat menyapa Anwar sebelum menyerahkan sebuah beg berisi kotak baju Melayu.

IKLAN

Namun, yang mencuri perhatian ramai adalah gurauan Anwar yang berkata, “Bella kena ada kat sebelah,” merujuk kepada penyanyi Bella Astillah. Gurauan ini membuatkan suasana menjadi heboh sekejap.

Respon Bersahaja Syed Saddiq…

Image

Tidak mahu kalah, Syed Saddiq turut berseloroh dengan menjawab, “Jangan kacau. Itu (Bella Astillah) saya punya. Kasi chance lah,” sambil tersenyum.

Reaksi spontan ini membuatkan ramai netizen terhibur melihat telatah dua tokoh politik itu.

Bisikan misteri PMX buat netizen tertanya-tanya…

Image

Selain gurauan mengenai Bella, netizen turut tertanya-tanya tentang bisikan Anwar kepada Syed Saddiq yang kelihatan mesra. Dalam video tersebut, Anwar dilihat mengangkat dokumen seolah-olah mahu mengusik Saddiq lagi.

Situasi itu bukan sahaja mencuit hati mereka yang berada di Parlimen, malah netizen juga turut seronok melihat suasana santai antara pemimpin.

#ApaKataOhmedia

Memang rare tengok suasana macam ni dalam Parlimen. Gurauan Anwar Ibrahim menunjukkan sisi yang lebih santai dan manusiawi sebagai seorang pemimpin.

Kadang-kadang, momen santai macam ni yang buat rakyat rasa dekat dengan pemimpin. Tapi, jangan lupa, harapnya hubungan baik ni juga mampu bawa manfaat dalam isu-isu yang lebih penting untuk rakyat.

Ohmedia pmx syed saddiq bella

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas