Oh! Artis
Sophia Albarakbah Tak Rasa Apa Saat Bella Astillah Bagi Trofi
Sophia Albarakbah tak kecil hati bila Bella umum namanya di AMT 2025. Tapi Bella terus mengelak media.
Pelakon Sophia Albarakbah akhirnya buka mulut tentang momen yang dikatakan agak ‘dingin’ ketika dia menerima trofi Selebriti Feminin Terhangat daripada penyanyi Bella Astillah di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025).
Ramai netizen perasan suasana waktu itu nampak agak canggung, tapi menurut Sophia sendiri, dia tak nampak apa-apa yang pelik pun sepanjang momen atas pentas tersebut.
BACA: “Marketing Murahan” – Anugerah Melodi Dikecam Pertemukan Bella Dan Sophia Albarakbah Di Pentas
Okay sahaja, sebab saya dalam industri yang sama. Bagi saya, saya masih dalam proses memahami kenapa saya yang menang. Masih terkejut sebenarnya.
Saya tak rasa kena sindir pun. Mungkin itu cara dia (Bella) sampaikan anugerah, dan saya bersyukur sangat dapat penghargaan ini.- Katanya.
Bella Astillah terus beredar lepas acara tamat…
Apa yang menarik perhatian, Bella langsung tak muncul di bilik sidang media selepas memenangi anugerah Selebriti Couple Goals Terhangat bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Sebaik sahaja acara habis, Bella dilihat terus meninggalkan lokasi, sekaligus mencetuskan lagi spekulasi netizen bahawa ada ‘sesuatu’ yang berlaku antara dia dan Sophia.
Walaupun begitu, Sophia kekal tenang dan memilih untuk bersikap profesional demi menjaga keharmonian industri hiburan.
Kontroversi lama Sophia Albarakbah kembali jadi bualan…
Untuk korang yang mungkin terlupa, sekitar Januari 2023 dulu nama Sophia pernah hangat dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Bella dan penyanyi Aliff Aziz.
Bella ketika itu siap muat naik tangkap layar mesej maaf daripada Sophia yang katanya ingin menjernihkan keadaan.
Selepas beberapa fasa turun naik, akhirnya rumah tangga Bella dan Aliff terlerai juga buat kali kedua apabila mereka sah bercerai talak satu pada 13 Jun 2024.
Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna hasil perkahwinan yang bermula sejak tahun 2016.
Pssttt! Ohmedia rasa dalam dunia hiburan ni, macam-macam benda boleh berlaku. Tapi apa yang penting, korang kena sentiasa jaga profesionalisme walau apa pun isu peribadi yang pernah jadi. Macam Sophia, dia pilih untuk tak besarkan perkara kecil dan fokus pada pencapaian. Kita pun patut ambil sikap tenang macam ni bila berdepan situasi tak selesa. Jangan cepat melatah, okay?
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!