Trending
Tragedi Gunung Liang: Dua Malim Gunung Digantung Tugas, JPNP Teruskan Siasatan
JPNP siasat tragedi pendaki maut di Gunung Liang.
Dalam perkembangan terkini, Timbalan Pengarah Pembangunan, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Mohd Yussainy Md Yusop memaklumkan dua malim gunung yang terlibat dalam insiden di Gunung Liang digantung tugas sementara.
BACA: Tragedi Gunung Liang: Polis Panggil 8 Individu, Tiga Pendaki Terus Pulang Lepas Turun Gunung
Lapor Sinar Harian, JPNP juga mengesahkan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi kematian pendaki, Mustaqqeem Mansor, Khamis lalu.
Siasatan menyeluruh dengan polis, bomba dan jabatan hutan

Tambah beliau lagi, siasatan akan dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk polis, bomba dan jabatan hutan.
Beliau turut memaklumkan, semua pihak termasuk penganjur serta malim gunung yang mengiringi kumpulan pendaki berkenaan akan dipanggil memberi keterangan sebelum sebarang keputusan diambil.
Pengerusi Malim Gunung Perhutanan Malaysia ini berkata, lebih 200 kes kecemasan pendakian dilaporkan setiap tahun di seluruh negara dengan purata 10 hingga 11 kematian. Namun, hanya satu atau dua kes sahaja melibatkan malim gunung aktif.
Kebanyakan kejadian pula berpunca daripada pendakian tanpa permit sah, kurang persediaan fizikal, serta trend baharu mendaki dan berlari di laluan gunung pada waktu malam.
Selepas siasatan selesai, pihak JPNP akan menilai semula prosedur keselamatan mendaki termasuk cadangan penggunaan cip pengesanan bagi memantau pergerakan pendaki di laluan berisiko tinggi.
Selain aspek risiko, beliau juga akan melihat kelemahan, prosedur serta pelanggaran peraturan yang mungkin berlaku.
Langkah itu penting bagi memastikan tragedi sama tidak berulang dan pada masa sama memperkukuh sistem keselamatan di kawasan pendakian.


Terdahulu, beliau memuat naik satu gambar di Facebook menunjukkan pertemuannya dengan malim gunung sehingga 1 pagi.
Beliau telah mendengar sendiri apa yang telah berlaku dan mengambil pengajaran untuk penambah baikan di masa hadapan.
Pssttt! Tragedi ini satu peringatan besar buat semua pendaki, semangat dan minat tidak cukup tanpa persediaan serta disiplin. Kadang-kadang kita terlalu yakin sampai abaikan prosedur yang dibuat untuk keselamatan diri sendiri. Semoga siasatan ini membuka mata banyak pihak dan insiden macam ni tak berlaku lagi.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.