Oh! Artis
“Marketing Murahan” – Anugerah Melodi Dikecam Pertemukan Bella Dan Sophia Albarakbah Di Pentas
Netizen kecam TV3 lepas Bella Astillah kelihatan terkaku di pentas AMT 2025 ketika umum nama Sophia Albarakbah.
Netizen kecam TV3 lepas Bella Astillah kelihatan terkaku di pentas AMT 2025 ketika umum nama Sophia Albarakbah.
Oleh
Suasana di Anugerah Melodi Terhangat 2025 menjadi tumpuan ramai apabila berlakunya momen janggal di antara selebriti Bella Astillah dan Sophia Albarakbah.
Mana tidaknya, Bella selaku penyampai anugerah terpaksa mengumumkan nama Sophia sebagai pemenang.
Seperti yang ramai sedia maklum, Sophia sebelum ini pernah terpalit isu skandal dengan bekas suami Bella iaitu Aliff Aziz.
Situasi tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berasa simpati dan marah dengan pihak produksi kerana seolah-olah menjadikan Bella bahan ‘prank’ di pentas siaran langsung.
View on Threads
Seorang netizen berpendapat, jika Bella tahu pemenang adalah Sophia Albarakbah, mestilah suaranya tidak bergetar.
Ramai yang menyifatkan penganjur terlalu kejar ‘rating’ sampai sanggup wujudkan momen canggung semata-mata nak tarik perhatian penonton.

Malah, ada yang menuduh pihak produksi ‘eksploitasi’ Bella demi drama di atas pentas.
Lagi panas lagi apabila ramai perasan tiada sebarang interaksi yang berlaku antara Bella dan Sophia.
Lepas nama diumumkan, Bella terus menghulurkan trofi tanpa bersalam atau memandang muka Sophia.
Netizen lain pula mempersoalkan kenapa Bella yang diberi slot itu kerana jelas ia sesuatu yang ‘emotional trap’.
Ramai simpati dengan Bella kerana terpaksa berdepan situasi tak selesa secara langsung, lebih-lebih lagi apabila penonton tahu sejarah ‘menyakitkan’ antara dia dan Sophia.
Pssttt! Kalau betul apa yang berlaku tu disengajakan demi ‘rating’, ia satu tindakan yang tidak sensitif dan tak profesional. Artis pun manusia ada emosi, ada maruah. Momen atas pentas sepatutnya diraikan, bukan dijadikan medan drama yang buat orang rasa malu dan keliru.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Siti Nordiana terkejut wajahnya disalah guna dalam foto AI tidak senonoh yang tersebar menerusi TikTok.
Nama Sarah Yasmine kembali menjadi bualan selepas tangkap layar dan hantaran “Sarah Who?” mencetuskan tanda tanya...
Aisar Khaled mencuri perhatian selepas meminta orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Jenny Besut mula membuat bayaran bagi hutang RM160,000 yang didakwa oleh Al-Amin, dengan RM1 sebagai bayaran...
Penyanyi, Amira Othman terbuka berkongsi pengalaman bersalin cahaya mata pertamanya menerusi kaedah pembedahan. Menurut laporan Kosmo, Amira...
19 September sehingga 4 Oktober 2026
Sukan Asia 2026 telah bermula!