Oh! Artis
Ameera Khan Mengaku Tak Pakai Apa-Apa Dalam Jaket
Ameera Khan sekali lagi cetus kontroversi selepas mengaku tak pakai apa-apa dalam jaket.
Pada
Ameera Khan sekali lagi cetus kontroversi selepas mengaku tak pakai apa-apa dalam jaket.
Oleh
Nama Ameera Khan memang tak pernah lari dari perhatian netizen. Setiap kali muncul, pasti ada saja perkara yang jadi bahan bualan. Kali ni, video terbarunya di Instagram betul-betul buat ramai terdiam.
Dalam rakaman tu, Ameera tampil dengan gaya fesyen jaket oversized, stokin panjang hitam dan boot. Memang nampak chic dan penuh gaya. Tapi, apa yang jadi topik panas bukanlah fesyen Ameera, sebaliknya jawapan spontan yang keluar dari mulutnya.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang jurugambar yang ketika itu sedang ambil gambar Ameera. Dia sempat minta Ameera buka jaket supaya nampak lebih santai.
Namun, jawapan Ameera terus jadi kejutan bila dia selamba cakap, “I’m wearing nothing inside.” Satu ayat yang cukup pendek, tapi impaknya besar.
Ramai netizen yang tinggalkan komen di hantaran tersebut meluahkan rasa terkejut dengan jawapan Ameera. Ada yang anggap tindakannya itu terlalu berani, malah tidak sesuai dengan imej sebagai seorang wanita Muslim.
Ada juga yang terus bertanya, “Dia nak cabar siapa sebenarnya?” sebab jawapan tu seakan-akan dilontarkan tanpa rasa segan langsung.
Kalau korang masih ingat, ini bukan kali pertama Ameera dikaitkan dengan isu panas. Dari cara berpakaian, gaya hidup mewah, sehinggalah hal peribadi, nama Ameera memang kerap muncul di media sosial.
Setiap kali ada kontroversi, ada saja yang akan pertahankan dengan alasan itu pilihan peribadi. Tapi, tak dinafikan kali ni jawapannya betul-betul mencetuskan perdebatan besar dalam kalangan warganet.
Pssttt! Korang, sekali cakap selamba depan kamera boleh jadi isu besar bila sampai ke media sosial. Dunia online ni laju sangat, apa yang kita anggap remeh boleh jadi bahan kecaman berhari-hari. Jadi, sebelum nak keluarkan apa-apa kenyataan, fikir dulu kesannya pada maruah diri dan keluarga. Kadang-kadang diam lebih selamat daripada satu ayat yang boleh makan diri.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
K.O.I muncul juara AJL40 menerusi Tiwikarma, manakala Aina Abdul turut mencuri perhatian dengan dua kemenangan.
Lufya Omar dedah sebab tuntut mutah RM1 juta dan mengimbas kembali fasa sukar selepas bergelar ibu...
Julia Farhana tampil tidak berhijab dan meminta orang ramai tidak menghakimi keputusan peribadi yang sedang dilaluinya.
Julia Farhana kembali menjadi perhatian selepas penampilan terbaharunya tanpa tudung mencetuskan reaksi netizen.
Syida Melvin lega selepas bercerai dengan Syafiq Azim dan menganggap perceraian itu sebagai hadiah ulang tahun...