Trending
”Maruah Saya Sangat Tercalar” – Penyampai Radio, Siti Rohani Akhirnya Bersuara Isu Foto Seksi
Penyampai radio Ikim FM, Siti Rohani dedah identitinya dipalsukan lebih 14 tahun hingga guna bahasa lucah. Maruah tercalar, polis dan SKMM kini siasat.
Penyampai radio Ikim FM, Siti Rohani Surani meluahkan rasa kesal apabila identitinya sering disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab sejak lebih 14 tahun lalu.
Menurut laporan mStar, Siti berkata yang dia langsung tidak mempunyai akaun media sosial peribadi, sebaliknya hanya menggunakan akaun rasmi Facebook yang dikawal sepenuhnya oleh pihak Ikim FM.
Saya tiada satu akaun media sosial pun. Hanya Facebook rasmi yang dibuat oleh Ikim dan dikawal pihak pengurusan. Akaun lain semuanya palsu.
Akaun palsu Siti Rohani guna AI dan sebar mesej lucah
Lebih mengejutkan, akaun palsu tersebut bukan sahaja meniru wajahnya dengan teknologi AI, malah berani berinteraksi dengan pengikut menggunakan bahasa lucah.
Mereka gunakan identiti saya dan bersembang benda lucah dengan tetamu serta klien Ikim. Sampai ada yang ingat saya yang hantar mesej itu. Maruah saya sangat tercalar.
Siti mengakui insiden itu memberi kesan besar terhadap emosi dan mentalnya, selain membuatkan dia berasa malu serta tertekan.
Harap pihak berkuasa ambil tindakan
Susulan isu ini, Siti telah membuat laporan kepada pihak polis dan SKMM untuk siasatan lanjut.
Saya harap semua mendoakan kes ini diselesaikan dengan segera. Saya sudah serahkan kes kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.
Pihak Ikim FM sebelum ini juga mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan sebarang kaitan dengan akaun palsu yang menggunakan nama penyampai itu.
Pssttt! Jangan mudah percaya dengan akaun media sosial yang tidak disahkan. Semak dulu kesahihan sebelum terpedaya dengan penyamaran yang boleh merosakkan nama orang lain.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM