Trending
Dua Lelaki Termasuk Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Dua Beranak Maut
Selain suami mangsa, polis menahan dua individu termasuk warga asing siasat kes dua beranak maut.
Terkini! Polis menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan berhubung kes tragis melibatkan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan tidak bernyawa di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang.
BACA: Suami Direman Bantu Siasatan Kes Dua Beranak Ditemui Maut Di Rumah
Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan secara berasingan pada Ahad, termasuk seorang warga asing.
Ditahan di lokasi berbeza, salah seorang warga asing

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk proses reman.
Pihak polis percaya suspek dapat membantu kes berkenaan. Buat masa ini siasatan masih dijalankan secara menyeluruh bagi mengenal pasti sama ada terdapat pihak lain yang terlibat, selain mencari motif sebenar pembunuhan dua beranak tersebut.
Mayat ditemui oleh suami mangsa

Terdahulu, suami mangsa yang berusia 57 tahun turut ditahan reman selama seminggu hingga 25 Oktober bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suami mangsa merupakan orang pertama yang menjumpai mayat isterinya dan anak dalam keadaan tidak bernyawa berlumuran darah di rumah mereka sekitar jam 7.30 malam.
Pssttt! Kejadian ini benar-benar menyentuh hati dan menimbulkan banyak tanda tanya tentang apa yang sebenarnya berlaku. Oh! Media berharap siasatan dapat diselesaikan segera agar keadilan untuk mangsa dan keluarga dapat ditegakkan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM