Oh! Tidak
Hanya Tiga Kapal GSF Bawa Rakyat Malaysia Masih Berhubung
Kapal Fair Lady masih berhubung dalam misi Global Sumud Flotilla, dua kapal lain hilang jejak dan 12 rakyat Malaysia ditahan Israel.
Keadaan di perairan antarabangsa menuju Gaza semakin mencemaskan apabila hanya tiga kapal yang membawa rakyat Malaysia dalam Misi Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan masih berlayar dengan selamat setakat jam 10 pagi tadi.
Menurut Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), tiga kapal yang masih mengekalkan hubungan ialah Fair Lady yang dinaiki Zainal Rashid Ahmad dan Ustaz Muhammad Abdullah, Free Willy (Muhammad Hareez Adzrami serta Dr Taufiq Mohd Razif) dan Inana (Razali Awang).
Namun begitu, dua kapal lain iaitu Estrella dan Mikeno yang turut membawa rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan sepenuhnya.
Dua kapal bawa rakyat Malaysia hilang jejak…

Setakat ini, status sama ada kedua-dua kapal itu dipintas atau penumpangnya ditahan oleh tentera Israel masih belum dapat dipastikan. Antara mereka yang berada di atas Estrella ialah PU Rahmat, Norhelmi, Mohd Asmawi dan Norazma. Sementara kapal Mikeno pula membawa seorang lagi rakyat Malaysia, Ardell Aryana.
Lebih mencemaskan, 12 rakyat Malaysia disahkan telah ditahan tentera Israel selepas kapal mereka memasuki zon merah R3, kira-kira 100 batu nautika dari Gaza, malam tadi. Difahamkan, ketika ini hanya ada empat rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Jong sebagai pemerhati di luar zon merah iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Mazian Seman, Serieffa Mushtafa Albakry dan Ariff Budiman.
Secara keseluruhan, terdapat 10 kapal membawa 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi flotilla kali ini.

Pssttt! Korang bayangkan sendiri betapa besar risiko yang dihadapi mereka di tengah lautan, hanya demi menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Kita yang berada di tanah air sepatutnya terus mendoakan keselamatan mereka dan tidak berhenti menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. Ingat, perjuangan ini bukan sekadar fizikal, tapi juga doa dan kesedaran yang perlu kita sebarkan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM