Connect with us

Oh! Media

Shuib Akui ‘Cemburu’ Dengan Pemergian Allahyarham Siti Sarah

Trending

Shuib Akui ‘Cemburu’ Dengan Pemergian Allahyarham Siti Sarah

Awal pagi tadi, kita digemparkan dengan pemergian seorang penyanyi tanah air, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin  yang meninggal dunia selepas paras oksigennya berkurang ke paras 40 peratus semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bahagianya Hidup Sarah, Baik Dan Ikhlasnya Dia Bersama Shuib”

Perkara itu mengejutkan masyarakat lebih-lebih lagi dari kalangan selebriti tempatan yang turut mengucapkan takziah ke atas pemergian beliau.

Bagaimanapun, pemergian Allahyarham dilihat ‘sempurna’ apabila menerima doa serta ucapan takziah yang bertalu-talu daripada netizen.

Shuib cemburu pemergian arwah

Shuib
(Sumber: Astro Awani)

Suami kepada Allyarham yang merupakan pelawak tanah air, Shuib mengakui pemergian isterinya amat dicemburui apabila terlalu ramai insan menitipkan doa buatnya.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad, 36, turut bertanya-tanya apakah kebaikan Allahyarham ketika hayatnya.

Bertalu-talu saya terima mesej dan video dari pelusuk negara yang menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat buat arwah.

Dia juga mengakui terdapat ramai orang yang menghantar gambar memaklumkan solat hajat yang dilakukan dan sebahagiannya daripada nombor yang tidak dikenali.

Apakah kebaikan arwah isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya? Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri.

Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan arwah. Benar, saya ‘cemburu’ dengan pemergiannya.

Reda dengan pemergian arwah isteri

Menurut Shuib, dia reda jika arwah dijemput Allah ketika berada dalam keadaan kritikal di hospital selain turut menceritakan perbualannya dengan awrah sebelum ini.

Arwah juga pernah mengatakan keinginan untuk pergi pada hari jumaat bagi mendapatkan husnul khatimah dan lepas daripada seksaan kubur.

Kami pernah bercakap soal kematian. Malah, arwah isteri pernah cakap kalau boleh mahu meninggal dunia pada hari Jumaat iaitu penghulu hari. Dia mahu mendapat ‘husnul khatimah’ dan lepas seksaan kubur.

Jika ikutkan, saya reda seandainya Allah mencabut nyawanya ketika nazak dan paras bacaan oksigen menurun pada Jumaat lalu.

Namun, Allah memberikan arwah sedikit masa lagi untuk hidup. Akhirnya, hari ini arwah pergi juga.

Walaubagaimanapun, pemergian arwah memang mengejutkan pelbagai pihak. Kami dengan ini ingin mengucapkan salam takziah kepada Allahyarham dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas