Connect with us

Oh! Media

“Bahagianya Hidup Sarah, Baik Dan Ikhlasnya Dia Bersama Shuib”

Oh! Artis

“Bahagianya Hidup Sarah, Baik Dan Ikhlasnya Dia Bersama Shuib”

Selepas beberapa hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), awal pagi ini, penyanyi Siti Sarah telah disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19. Pemergian penyanyi ini meninggalkan kesan mendalam buat orang ramai termasuklah usahawan, Bonda Rozita Ibrahim.

ADVERTISEMENT

BACA: Nadir Al-Nuri Cerita Sarah Korban Seekor Lembu Di Gaza, Tanya Khabar Palestin

Menurutnya, pasangan selebriti, Shuib dan Sarah adalah contoh terbaik buat anak muda. Dia melihat bagaimana bahagianya hidup penyanyi ini yang ikhlas menerima suami seadanya. Malah, Allahyarhamah menjadi tulang belakang utama menjayakan perniagaan keluarga mereka.

Sebagai seorang ibu, Bonda Rozita berkata pemergian pelantun Kesetiaan ini mencengkam jiwanya. Dia membayangkan jika Allahyarhamah adalah anak sendiri, bagaimana cucu-cucunya akan meneruskan kehidupan di kemudian hari.

Allah tarbiah kita dalam kesedihan orang lain. Ambil iktibar, perbaiki diri dengan family. Kalau kita buat baik pada family, pemergiannya kita tak menyesal sebab kita dah buat yang terbaik untuk dia, berbuat baik pada isteri dan anak-anak. Sarah dan Shuib pasangan contoh terbaik untuk anak muda.

Dalam hantaran di Instagram itu, usahawan yang merupakan ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri turut menyifatkan Sarah seorang yang bertuah kerana disayangi orang sekeliling. Suaminya, Shuib juga tidak putus-putus berterima kasih dan memohon maaf bagi pihak isteri.

Pemergian arwah Siti Sarah insya-Allah di surga sudah tempatnya, tamat lah sudah ujian keluh resah sempit di dunia ini.

Di kesempatan itu, Bonda Rozita Ibrahim mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Siti Sarah. Dia berdoa agar bidadari syurga ini dimasukkan dalam golongan yang syahid.

Kisah cinta pasangan ini turut mendapat perhatian seorang pengguna Facebook, Redzuan Abd Manaf. Dia menjadikan pasangan romantis ini contoh tauladan terbaik di dalam kehidupan berumahtangga. Shuib misalnya adalah seorang suami yang sayangkan keluarga dengan setulus hati, manakala Siti Sarah pula seorang isteri yang baik dan disenangi ramai.

Kredit: Bonda Rozita Ibrahim | Redzuan Abd Manaf

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top