Connect with us

Oh! Media

Sharnaaz Ahmad ‘Terpaksa Jujur’ Tentang Persembahan Fazura Di Indonesia, Kesian Anak Seni Dihentam

Ohmedia fazura Sharnaaz

Oh! Artis

Sharnaaz Ahmad ‘Terpaksa Jujur’ Tentang Persembahan Fazura Di Indonesia, Kesian Anak Seni Dihentam

Nampaknya, persembahan nyanyian live Nur Fazura di Indonesia masih menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Isu ini turut menarik perhatian pelakon popular, Sharnaaz Ahmad, yang menerima soalan ‘panas’ daripada pengikut mengenai pandangannya tentang persembahan Fazura.

“Nak tanya mamu sedap tak Fazura menyanyi?” – Netizen

Dengan penuh jujur, Sharnaaz menyatakan bahawa beliau tidak dapat memuji nyanyian Fazura. Dia memohon maaf, tetapi katanya, nyanyian itu ‘tidak sedap’.

IKLAN

Sharnaaz berpendapat, lebih baik jujur daripada berpura-pura demi menjaga hati.

Pelakon ini sempat bergurau, menyarankan sesiapa yang merasa persembahan tersebut memuaskan agar membuat pemeriksaan telinga di klinik!

Namun, di sebalik jenaka itu, jelas sekali Sharnaaz tidak mahu terlalu melukakan perasaan mana-mana pihak, terutamanya Fazura yang turut bergelar rakan dalam industri seni.

Aku bukan komen.. tak.. sebab dia pun kawan. Semua orang kawan. Sebab nanti bila dia kena macam ni, aku kesianlah. Tak mahulah sampai macam ni sebab kita pun anak seni. Bila kita tengok anak seni kita duk kena hentam macam ni, macam kita tak ada maruah pula. Tapi tak bolehlah macam tu.

Tambahnya lagi, Sharnaaz merasa simpati melihat rakan seperjuangan seperti Fazura menghadapi kritikan.

Menurutnya, semua anak seni perlu bersedia dengan “senjata” sebelum tampil di pentas, ibarat seseorang yang ingin ke medan perang.

Sharnaaz dah dengar di Youtube, sedap je

Sharnaaz turut berkongsi bahawa beliau pernah mendengar lagu Fazura, Bertahan Demi Cinta, di YouTube, dan berpendapat bahawa nyanyian Fazura sedap semasa sesi rakaman.

#OhmediaNasihat

Bila anak seni kena kritikan bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, sudah tentu ianya sedikit sebanyak memberi kesan kepada penggiat seni yang lain.

Namun, teguran haruslah diambil secara positif untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Kritikan, walaupun sukar, boleh menjadi panduan untuk menjadi lebih baik.

Ohmedia fazura Sharnaaz

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @hazrinempire


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas