Connect with us

Oh! Media

Selepas Omicron, China Lapor Varian Delta Terbaharu, ‘Sub-Lineage AY.4’

Sub-Lineage AY.4

Trending

Selepas Omicron, China Lapor Varian Delta Terbaharu, ‘Sub-Lineage AY.4’

Sebanyak 138 kes penularan varian Delta terbaharu ‘sub-lineage AY.4’ dilaporkan di wilayah Zhejiang, China yang katanya lebih mudah berjangkit dan mempunyai bilangan partikel virus yang lebih tinggi.

ADVERTISEMENT

BACA: Semakin Mengganas, UK Kesan Kematian Pertama Omicron

Menerusi laporan Kosmo, pihak berkuasa China bimbang akan lonjakan kes Covid-19 yang terlalu lama sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing pada Februari 2022 kelak.

Lebih mudah berjangkit dan mempunyai partikel virus lebih tinggi daripada Covid-19. 

Sub-Lineage AY.4

Menurut berita dari Xinhua, 138 kes telah disahkan sebagai penularan tempatan varian baharu itu termasuk satu kes pembawa tanpa gejala pada 5 hingga 12 Disember lalu.

Daripada 138 kes yang dilaporkan, sebanyak 44 kes dilaporkan di Ningbo, 77 kes di Shaoxing dan 17 kes di Hangzhou. Ini merupakan kali pertama kerajaan China melaporkan kes varian terbaharu Delta ini. Varian ini ditentutukan berdasarkan penjujukan dan analisis keseluruhan jujukan genom (WGS).

Varian sub-lineage AY.4 ini dikatakan lebih mudah berjangkit dan mempunyai bilangan partikel virus yang lebih tinggi daripada Covid-19. Sebanyak 101 kes direkodkan di tanah besar China pada Ahad lalu dan 21 penularan dari luar negara manakala 80 daripada penularan tempatan.

Semoga varian baharu ini tidak merebak ke negara lain dan dijauhkan dari Malaysia. Penat juga, lepas satu, satu varian baru datang. Bila agaknya kita nak bebas dari varian Covid-19 ni kan?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas