Oh! Tidak
Wanita Bingung Kekasih Suruh Buat ‘Loan’ Atas Nama Sendiri Untuk Bayar Hutang Lama Miliknya
Orang tua selalu pesan, kalau bercinta jangan sampai buta sebabnya takut akan memakan diri di masa akan datang.
Tular di aplikasi X, seorang wanita bingung dengan permintaan kekasih yang mahu membuat pinjaman peribadi di atas namanya.
Yang menaikkan kemarahan netizen apabila tujuan utama pinjaman peribadi tersebut adalah untuk digunakan membayar hutang lama kekasihnya.
Hmm I tak tau nak respond camne. I pun baru je tau dia ada hutang semua.
But I macam kesian. Apa jadi kalau orang apply loan ni tak dapat bayar hutang Bina?
This is love scam to me
Rata-rata netizen menasihatkan wanita itu untuk putuskan hubungan dengan kekasihnya kerana dia mungkin akan menanggung beban kalau sudah berpisah.
Ni redflag terpaling besar dan terpaling merah. Jangan ye dik. Family jadi guarantor pun kalau boleh orang taknak, ni kan bf tah mana mari tu.

Tinggalkan bf awak sekarang anon. Belum apa-apa lagi dah minta bukan-bukan macam ni.

Ada jugak ek bercinta sampai macam ni. Kesian tu boleh cumanya janganlah sampai bodohkan diri. Lelaki tu pun bukannya pasti jadi jodoh hakiki, jadinya disarankan cepat-cepatlah lari dari manusia macam ni.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM