Connect with us

Oh! Media

Pelajar Mohon Kelonggaran Akibat Banjir, Namun Respon Pensyarah Ini Buat Netizen Bengang

8579f42e 85e0 4e32 b5a9 ab5df3e38aa6

Trending

Pelajar Mohon Kelonggaran Akibat Banjir, Namun Respon Pensyarah Ini Buat Netizen Bengang

Hujan yang berterusan telah menyebabkan keadaan banjir di beberapa negeri menjadi semakin buruk dan banyak juga rumah yang telah ditenggelami oleh air sehingga ke paras bumbung. Oleh itu, ramai golongan yang dilihat telah terjejas dan tidak ketinggalan juga kepada golongan pelajar yang terpaksa menghadapi pembelajaran secara ‘online’ semasa bencana alam ini sedang berlaku.

Terbaru, kecoh di sosial media apabila ada seorang gadis yang dikatakan telah memuat naik ‘screenshoot’ perbualan di WhatsApp bersama pensyarahnya di laman Twitter.

Gadis yang menggunakan nama sebagai @cikbungamerah3 di laman Twitter itu meluahkan rasa kecewa dengan respon yang diterima daripada pensyarahnya, apabila dia dikatakan meminta supaya diberikan kelonggaran bagi menjawab ujian disebabkan oleh kawasan rumahnya kini sedang dilanda banjir.

IKLAN
https://twitter.com/cikbungamerah3/status/1345610699850977281?s=21
01e072dc ff74 48bd bdde 473d3f70b31a

Bila kita minta pensyarah beri kelonggaran untuk jawab ujian dalam saat-saat kritikal, tambah dengan adanya gangguan internet kerana hujan lebat dan disebabkan oleh keadaan banjir yang berlaku di Johor, Pahang, Terrngganu dan negeri lain.

Sakit hati! (Dengan respon pensyarah) – Tulis gadis itu di Twitter.

Selain gambar ‘screenshots’ perbualannya itu, gadis itu turut berkongsi gambar yang memaparkan keadaan barang-barang di dalam rumahnya yang teruk ditenggelami air.

Bacda3b3 0e8f 4831 9407 c7f69e289189

Posting itu dikatakan telah berjaya mendapat lebih daripada 28 ribu ‘retweet’s’ daripada netizen di laman Twitter.

Rata-rata netizen di laman Twitter turut meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa gadis itu dan ada juga netizen yang turut melabelkan respon yang diberi oleh pensyarah itu sebagai sesuatu yang tidak berperikemanusiaan. 

733b3fa4 8af6 44fa abbb ff9971ebe36f
8fb48bee 4252 4317 8005 d263bb4a47be
C4efe0f3 df3b 422a aa73 02810a4ef39c
4b4c70bd e8db 4309 b1c3 612fbc5522dd
7047c990 676b 49f3 96b7 2b3cfdb0f3dd

Faham sangat dengan keadaan pelajar-pelajar bila tiba minggu-minggu akhir ni dan kebanyakkannya memang tengah sibuk dengan assignment dan ujian. Tapi dalam hal ni, kita pun tak pasti siapa yang salah dan siapa yang betul. Semoga ada pengakhiran yang baik buat kedua-dua pensyarah dan pelajar itu.

kredit: @cikbungamerah3

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas