Connect with us

Oh! Media

Pelumba Negara Tak Kenal ‘Ikon Permotoran Anak Muda’, Cabar Haqiem Stopa Berentap

Trending

Pelumba Negara Tak Kenal ‘Ikon Permotoran Anak Muda’, Cabar Haqiem Stopa Berentap

Kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Perpaduan Negara YB Senator Wan Ahmad Fayhsal mengenai jolokan influencer TikTok, Haqiem Stopa sebagai ikon permotoran anak muda mengundang rasa kurang senang netizen.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hafizh Syahrin Elok Pencen Jela” – Netizen Kesal Influencer TikTok Digelar Ikon Permotoran Anak Muda

Malah, pelumba motor negara, Affendi Rosli turut mempertikaikan siapakah Haqiem Stopa kerana pelumba sendiri tidak mengenali anak muda itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau mencabar Haqiem ataupun pengikut influencer itu untuk berentap di dalam litar dengannya serta pelumba-pelumba yang lain.

Kelengkapan seperti sut, kasut dan helmet akan disediakannya. Jika mereka kalah dalam perlumbaan itu, mereka reda bahawa Haqiem Stopa adalah ikon permotoran seperti yang disebut.

Pelumba ini berkata ramai yang mention namanya di media sosial bertanyakan siapakah Haqiem Stopa dan apakah jasanya dalam sukan permotoran negara sehingga dijulang sebagai ikon.

Saya sendiri tak kenal siapa dia, cuma saya nak cakap saya rasa bangga mungkin dia generasi baru dalam dunia permotoran ni yang mengangkat belia-belia muda, mat motor.

Saya sukalah kira dia pelapis, pengganti idola-idola permotoran yang lalu.

Beliau bagaimanapun berasa terkilan dengan ahli-ahli politik yang mengangkat anak muda itu sebagai ikon belia permotoran.

Beliau merasakan perkara itu tidak adil kerana di Malaysia terlalu ramai pelumba-pelumba negara yang boleh dijadikan ikon.

Jelasnya lagi, apa yang menjadi isu di sini adalah gelaran ikon yang diberikan kepada Haqiem Stopa. Katanya perkataan ‘ikon’ disitu mempunyai nilai yang tinggi dan tidak semua orang layak mendapatkannya.

Sebagai pelumba, mereka berasa terkilan dan tersentuh membaca kenyataan yang dikeluarkan YB Senator. Ramai dalam kalangan pelumba negara yang bertanding mewakili negara sehingga terlibat dalam kemalangan dan memberi kesan jangka panjang. Namun pelumba ini tidak pula diberi gelaran ikon.

Beliau berharap kenyataan mengenai ikon itu ditarik balik dan jasa-jasa pelumba bergadai nyawa demi negara dihargai.

Kredit: Facebook Affendi Rosli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas