Connect with us
zulfarhan

Trending

“Peluang Untuk Hidup Mungkin Lebih Tinggi Jika..” – Dr Samhan Jelaskan Kesan Kecederaan Di Badan Zulfarhan

Selepas tujuh tahun, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain akhirnya menerima keadilan apabila Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam tertuduh (OKT).

BACA: Enam Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung Sampai Mati Bersalah Bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan

IKLAN

Mahkamah Rayuan menyifatkan pembunuhan yang dilakukan OKT bersifat jahat, zalim dan jenayah kekejaman paling jarang ditemui.

zulfarhan osman

Mana tidaknya, selain memukul dengan teruk, OKT juga menekapkan seterika wap di seluruh badan si mati termasuk kemaluan.

Selepas disiksa dengan kejam, semua OKT menyembunyikan si mati untuk mengelakkan perbuatan diketahui pihak atasan.

Di aplikasi X, Dr Samhan percaya, peluang untuk allahyarham hidup mungkin lebih tinggi jika dibawa ke hospital lebih awal.

dr samhan

Dalam hantaran itu, Dr Samhan menjelaskan bagaimana kecederaan boleh membawa kepada hipervolemia, masalah jantung, dan kegagalan buah pinggang yang menjadi punca kematian.

Jelas doktor, luka melecur menyebabkan mangsa kehilangan cecair yang banyak dalam badan. Dalam usaha untuk mengatasinya, badan menghasilkan cecair intravena secara berlebihan yang menambah beban kepada jantung dan buah pinggang.

Keadaan itu membawa kepada kegagalan organ-organ penting yang akhirnya menyebabkan kematian mangsa.

zulfarhan

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas