
Trending
Netizen Dakwa ‘Ceramah’ Johan Jauh Terpesong?
Oleh
Sejak semalam tular mengenai pelawak dan juga penyampai radio, Johan sedang beri ‘ceramah’ di majlis ilmu dan perkara itu telah mengundang perhatian netizen.
Kalau korang tengok video tu, Johan ada berkata bahawa dirinya lebih memilih wanita tak bertudung dan solat daripada wanita bertudung tapi tidak solat.
Bukan tu jer, pelawak itu juga turut berkata bahawa haram untuk seseorang menunaikan solat, membayar zakat dan lain-lain selagi mana tiada suruhan daripada Allah SWT dalam video lain.
Bahkan berkata membunuh, makan babi dan seumpamanya adalah halal selagi tidak turunnya larangan melakukan hal-hal tersebut.
Menerusi ruangan komen, kebanyakkan netizen anggap yang pelawak itu jauh terpesong daripada ajaran agama Islam.
@umi_alihan83 BAHAYA NI KALAU SALAH FAHAM.. APA LAGI KALAU BUDAK2 YANG DENGAR. NAUZUBILLAHI MIN ZALIK .#ISLAMINDAH
♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama


Apa pandangan korang lepas dengar apa yang disampaikan Johan? Mungkin ada betulnya, cuma takut ada orang, lagi-lagi budak-budak akan salah faham.
Kredit: Tiktok
