
Oh! Tidak
Lelaki 30 Tahun Didakwa Bercinta Dengan Budak 15 Tahun Sejak 3 Tahun Lalu
Tular di TikTok, lelaki 30 tahun didakwa bercinta dengan remaja 15 tahun sejak umur gadis itu 13 tahun.
Di TikTok, macam-macam jenis pasangan kita boleh tengok. Tapi kali ni, satu video tular buat netizen naik angin. Ini apabila seorang lelaki berumur 30 tahun dikatakan bercinta dengan gadis yang baru je 15 tahun.
Lebih mengejutkan, mereka sebenarnya dah kenal sejak tiga tahun lalu. Dalam video yang dikongsi semula di platform X, lelaki terbabit lahir pada tahun 1995 manakala si gadis lahir pada tahun 2010. Ya, jarak umur 15 tahun.

Tapi itu bukan isu utamanya. Yang buat ramai melenting ialah – mereka dah kenal sejak gadis itu berusia 13 tahun. Baru tingkatan 1 weh…
Netizen dakwa lelaki tu ambil kesempatan…
Ramai netizen meluahkan rasa tak selesa dan menganggap lelaki itu mungkin mengambil kesempatan atas kelemahan dan usia muda gadis terbabit.
Usia gadis itu yang bawah umur menjadikan hubungan ini sangat membimbangkan.

Gadis tersebut mendakwa teman lelakinya adalah seorang yang baik, walaupun hubungan mereka jelas menimbulkan keraguan ramai. Mereka juga belum mendirikan rumah tangga.
Apa yang lebih membimbangkan ialah bagaimana remaja tersebut memuat naik video itu tanpa rasa bersalah atau sedar akan implikasi hubungan mereka.

Pssttt! Cinta bukan lesen untuk abaikan sempadan umur dan undang-undang. Bila gadis bawah umur terlibat dalam hubungan sebegini, ia bukan lagi isu suka sama suka tapi soal keselamatan, pemikiran, dan masa depan. Harap pihak berkuasa pantau isu macam ni, sebelum jadi kes penderaan emosi atau lebih teruk. Jangan biar TikTok jadi tempat normalisasi hubungan tak wajar.
Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
