
Oh! Tidak
Netizen Puas Hati Tengok Lelaki Kena Tapak Dengan ‘Safety Boots’ Abang Tanker
Tindakan seorang lelaki serang abang lori tanker undang perhatian, tak pasal-pasal kena penendang dengan safety boots!
Kecoh di media sosial apabila tular satu rakaman memaparkan insiden seorang pemandu lori diserang secara agresif oleh seorang lelaki di sebuah plaza tol di Kempas, Johor Bahru.
Dalam rakaman itu, lelaki yang menaiki kereta Proton Wira dilihat tidak berpuas hati apabila dihon oleh pemandu lori ‘tanker’ di belakangnya.
Pemandu lori diserang, penumpang Proton Wira disyaki mabuk
Dia keluar dari kenderaan dalam keadaan marah dan mengetuk beberapa kali pintu lori terbabit.
Pemandu lori ‘tanker’ meminta lelaki tersebut untuk segera bergerak ke hadapan namun dia bertindak membuka pintu lori.
Lelaki itu kemudian masuk dan memukul pemandu lori ‘tanker’ berkali-kali tanpa sebarang amaran.
Pada mulanya, pemandu lori tersebut tidak melawan. Tetapi selepas diserang bertubi-tubi, dia akhirnya menyiku dan menendang lelaki itu bagi mempertahankan dirinya.
Dia serang saya dulu bang, dia mabuk bang.
Situasi menjadi semakin tegang sebelum seorang petugas tol datang untuk meninjau keadaan. Pemandu lori turut menjelaskan apa yang berlaku kepadanya dan mendakwa penyerangnya berada dalam keadaan mabuk.
Difahamkan, petugas tol dan pemandu Proton Wira cuba menenangkan lelaki tersebut, namun dia masih tidak menunjukkan sebarang tanda ingin berundur.
Di ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati dengan tindakan ‘abang tanker’ yang mempertahankan diri.
Pssttt! Dalam apa jua situasi panas di jalan raya, penting untuk kita kekalkan kewarasan dan elakkan provokasi. Tak pasal-pasal kena ‘tapak’ dengan safety boots!
Kredit: Facebook Info Semasa
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
