Connect with us

Oh! Media

Langgar Penunggang Motosikal, Pemandu Tak Perasan Lampu Isyarat Masih Merah

Kereta Langggar Lampu Isyarat

Trending

Langgar Penunggang Motosikal, Pemandu Tak Perasan Lampu Isyarat Masih Merah

Seorang pemandu kereta berusia 33 tahun yang melanggar seorang penunggang motosikal di lampu isyarat berhampiran Selayang telah tampil ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung kejadian.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pemandu kereta berkenaan tampil ke balai polis pada 5 petang semalam.

Menerusi rakaman percakapan, lelaki berkenaan mengaku yang dia tidak perasan bahawa lampu isyarat di lokasi berkenaan masih merah

Apabila berlaku kemalangan, pemandu tersebut terkejut dan berasa takut lalu terus balik ke rumah

Tambahnya, ujian saringan air kencing ke atas pemandu berkenaan telah dijalankana dan ianya negatif.

IKLAN

Sehubungan itu, polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dimaklumkan sesiapa yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan dan penunggang motosikal diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Zharif Zakaria di talian 013-2969222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung dengan satu video yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda City melanggar seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas