Connect with us

Oh! Media

Dah Mula Boleh Melancong, Malaysia Jadi Antara 10 Negara Pilihan Rakyat China

Trending

Dah Mula Boleh Melancong, Malaysia Jadi Antara 10 Negara Pilihan Rakyat China

Selepas hampir tiga tahun melawan virus jahat Covid-19, kini rakyat China sudah mula dibenarkan untuk melancong ke luar negara.

ADVERTISEMENT

BACA: Coronavirus Melanda, Tun Mahathir Tangguh Visa Pelancong China!

Terbaru, Sinar Harian melaporkan bahawa rata-rata rakyat China memilih Malaysia sebagai salah satu negara untuk mereka jadikan sebagai destinasi pelancongan mereka.

Menurut laman web Trip.com, terdapat beberapa negara lain yang menjadi pilihan warga China termasuklah negara Jepun, Thailand, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura, Australia, United Kingdom, Macao dan Hong Kong.

Sebelum ini Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengumumkan bahawa pelancong yang tiba ke negara itu tidak lagi perlu dikuarantin bermula 8 Januari depan, sekali gus menamatkan polisi hampir tiga tahun.

Pihak berkuasa juga memaklumkan, warga China turut dibenarkan untuk melancong ke luar negara tanpa perlu memberikan butiran perjalanan.

Untuk info, kerajaan China tidak membenarkan warganya mendapatkan pasport atau meninggalkan negara itu, melainkan atas faktor penting seperti perniagaan ketika wabak Covid-19 berleluasa beberapa tahun yang lalu.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas