Connect with us

Oh! Media

Khairul Aming Akhirnya Beri Respon Selepas Website Rembayung ‘Crash’

Ohmedia khairul Aming Rembayung

Trending

Khairul Aming Akhirnya Beri Respon Selepas Website Rembayung ‘Crash’

Sistem tempahan restoran Rembayung milik Khairul Aming ‘down’ selepas 5 minit dibuka apabila 50,000 pengguna cuba rebut slot.

Platform tempahan slot restoran Rembayung milik pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming dilaporkan mengalami gangguan hanya lima minit selepas dibuka pada jam 9 malam.

Menurut laporan Beautifulnara, gangguan itu berlaku susulan lonjakan trafik mendadak apabila orang ramai berpusu-pusu cuba mendapatkan slot tempahan bagi tempoh tujuh hari bermula 6 Januari. Tapi sistem tempahan dalam talian tidak dapat diakses sepenuhnya dalam tempoh singkat.

Kedai Kharul Aming dapat sambutan luar biasa

Menerusi siaran langsung Instagram Khairul Aming malam tadi, beliau memaklumkan bahawa walaupun berdepan gangguan teknikal, proses tempahan tetap diteruskan sehingga jam 10 malam.

IKLAN

Hasilnya, seramai 2,641 pelanggan berjaya mendapatkan slot sepanjang tempoh tempahan yang ditawarkan.

50,000 pengguna cuba tempah slot serentak

Khairul Aming

Menurut usahawan itu lagi, kira-kira 50,000 pengguna cuba mengakses platform tempahan restoran pertamanya itu dalam masa yang sama.

Perkara tersebut turut dikongsikan menerusi live TikTok, di mana Khairul Aming memaklumkan pasukannya sedang berusaha menambah baik sistem tempahan agar lebih lancar pada masa akan datang, memandangkan sambutan diterima jauh melebihi jangkaan awal.

Fenomena itu sekali gus mencerminkan minat tinggi orang ramai untuk mencuba sajian di Rembayung yang sebelum ini kerap dipromosikan menerusi platform media sosial milik Khairul Aming.

Dalam masa sama, platform tempahan tersebut turut menjadi bualan warganet, apabila ramai meluahkan rasa kecewa kerana gagal mengakses sistem dalam tempoh tempahan dibuka.

Pssttt! Fenomena ini membuktikan pengaruh media sosial sangat besar dalam dunia perniagaan. Perancangan sistem yang kukuh penting agar pengalaman pelanggan kekal positif walaupun sambutan luar jangka.

Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas