Trending
Kurang 24 Jam Nak Akad Nikah, Tunang Kantoi ‘Tangkap Basah’ Dengan Wanita Lain
Batal kahwin kurang 24 jam sebelum akad nikah selepas tunang ditangkap basah. Majlis tetap jalan, wanita anggap ia penyelamat hidupnya.
Keputusan untuk membatalkan pernikahan kurang 24 jam sebelum majlis berlangsung bukan sesuatu yang mudah. Namun, seorang wanita mendedahkan dia terpaksa berbuat demikian selepas bakal suaminya melakukan kesalahan besar sehari sebelum akad nikah.
Menurut laporan mStar, wanita itu berkata bekas tunangnya ditangkap basah pada malam sebelum hari pernikahan yang sepatutnya menjadi detik bahagia mereka.
“Bekas tunang saya kena tangkap basah malam sebelum kami akad nikah. Jadi saya beritahu dia supaya tak payah datang. Saya hubungi tok kadi, maklumkan tak jadi kahwin.
Majlis tetap diteruskan tanpa pengantin lelaki

Walaupun pernikahan dibatalkan, majlis tetap diteruskan bagi menghormati tetamu yang sudah dijemput.
Tapi majlis diteruskan. DJ pasang lagu-lagu santai, tak dibenarkan lagu cinta. Saya beritahu semua tetamu yang pengantin lelaki tak nak kahwin dengan saya.
Situasi itu pastinya bukan mudah, namun wanita tersebut cuba menguatkan diri di hadapan keluarga dan rakan-rakan.
Pengantin wanita dapat refund tapi..

Dalam pada itu, wanita berkenaan bersyukur kerana masih menerima sebahagian bayaran semula (refund) daripada vendor perkahwinan.
Alhamdulillah, dapat full refund daripada photographer. Baju kahwin dapat 50 peratus refund. Gubahan hantaran dapat 40 peratus je.
Namun, dia mendakwa berlaku perkara pelik apabila wang hasil refund tersebut seolah-olah hilang tanpa disedari.
Duit hasil refund tu pula saya tak tahu pergi mana. Sampai hari ni pelik. Hilang duit RM3,000 tu. Macam tak pernah dapat duit tu.
Lebih mengejutkan, wanita itu akhirnya menganggap kejadian tersebut sebagai penyelamat hidupnya, selepas mendedahkan bekas tunangnya bersikap kasar.
Bekas tunang saya tu sebenarnya abusive. Sejujurnya saya lega tak jadi kahwin. Sebelum tu pun dah banyak kali saya minta putus. Pernah kena pukul juga.
Pssttt! Kadang-kadang, perkara yang paling menyakitkan itulah yang sebenarnya menyelamatkan kita. Jangan teruskan hubungan yang menyakiti diri, walau sejauh mana persiapan sudah dibuat.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM