Trending
Kes Kehilangan Albertine: Tiga Suspek Ditahan Bantu Siasatan
Sebelum ini Ohmedia kongsikan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dikenali sebagai Albertine Leo Jia Hui.
Kehilangannya disedari pada Sabtu lalu oleh bapanya ketika berada di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor. Mangsa memakai kemeja-T Mickey Mouse berwarna putih yang berketinggian 120 sentimeter.
Ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang jumpa dan bawa pulang Albertine…

Tiga orang individu ditahan polis…
Terkini, pihak polis dilaporkan telah menahan tiga individu yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 28 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah. – Kata Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.
Ketiga-tiga individu tadi pula akan dibawa ke mahkamah pada hari ini bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.
Terkini, pihak polis melaporkan telah berjaya menjumpai Albertine dalam keadaan selamat di Batang Kali, Selangor.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM