Raya bukan sekadar tentang kemeriahan. Bagi sesetengah orang, ia juga tentang merindui sesuatu yang tak pernah dimiliki. Bagi Lina, rindu itu adalah suara ayahnya.
Sejak kecil, Lina hanya mampu melihat bibir berbicara tanpa pernah mendengar sebarang bunyi. Namun, ayahnya pernah berjanji, “Satu hari nanti Lina boleh mendengar dan bercakap.”
Harapan itu tinggi, tetapi realiti lebih kejam. Harga alat bantuan pendengaran terlalu mahal, jauh di luar kemampuan mereka. Dari seorang ayah yang penuh harapan, dia berubah menjadi lelaki yang dipenuhi rasa bersalah. Semakin lama, dia semakin menjauh, bukan kerana benci, tetapi mungkin kerana ego dan takut untuk melihat kekecewaan di mata anaknya.
“Abah Janji, Satu Hari Nanti….” Tinggal Janji Tak Tertunai
Si ibu cuba menyatukan kembali kasih yang makin renggang meminta ayah untuk ke kelas bahasa isyarat supaya boleh berkomunikasi dengan anaknya.
Tetapi si ayah menolak.“Kalau saya belajar sekalipun, boleh ke dia bercakap?” Kata-kata itu terbit dari rasa putus asa seorang ayah, tapi bagi anaknya, ia lebih daripada itu.
Dia faham maksud di sebalik bibir ayah yang bergerak. Dia faham yang ayahnya sudah menyerah. Namun, dalam diam, dia tetap merindui suara ayah.
Dengan teknologi AI, Lina melakukan sesuatu yang tidak pernah disangka, menghidupkan suara yang dia tak pernah miliki. Saat ayahnya mendengar suara anaknya buat kali pertama, dunia terasa terhenti.
Untuk pertama kali dalam sekian lama, ayah mengangkat tangannya, membentuk isyarat yang dia hampir lupa. Dengan bahasa yang pernah dipelajari sewaktu anaknya kecil, dia berkata, “Ayah akan berusaha…”
Lakonan Yang Menyentuh Hati
Sejujurnya bagi kami apa yang membuatkan filem raya Suaraku dari U Mobile ini lebih bermakna adalah bagaimana penyampaian emosi pelakon seperti Zamarul Hisham, pelakon legenda yang membawa watak seorang ayah yang dihimpit rasa bersalah dan putus asa dengan begitu mendalam. Setiap gerak tubuh, setiap lirikan mata, semuanya cukup untuk membuat penonton rasa penderitaan dan rasa yang dipendam.
Namun tak lupa juga watak Lina, yang berjaya mengangkat karakter seorang gadis yang pekak dan bisu serta menjadi ‘suara’ kepada orang kelainan upaya di luar sana.
Lakonan semula jadinya berjaya meruntun hati, terutama adegan dia membaca pergerakan bibir ayahnya yang mengatakan sudah hilang harapan.
Teknologi Yang Menghubungkan Kasih
“Suaraku” ini bukan sekadar filem raya, ia adalah refleksi bagaimana teknologi boleh mengubah hidup. Dengan usaha U Mobile, komuniti kurang upaya pendengaran kini mempunyai peluang untuk merasai sesuatu yang sebelum ini hanya menjadi angan-angan. Suara yang selama ini hilang, kini boleh didengari.
Bukan sekadar lakonan, dalam dunia realiti teknologi AI ini juga telah membawa perubahan sebenar kepada komuniti pekak dan bisu.
Saksikan sendiri di penghujung filem raya “Suaraku“, reaksi penuh emosi apabila buat pertama kalinya keluarga dapat mendengar ‘suara’ insan yang mereka sayang.
Bibit ini membawa senyuman yang akhirnya hadir setelah sekian lama menunggu- semuanya membuktikan bahawa Raya bukan sekadar tentang ucapan di bibir, tetapi tentang keikhlasan untuk memahami dan berusaha merapatkan yang jauh.
Raya ini, biarlah kasih sayang didengar… walau tanpa suara.
Kekal Berhubung Dengan Pelan Internet Keluarga Terbaik Di Pasaran, U Family 128
Kini satu famili boleh kekal berhubung dengan pelan terbaru U Mobile, U Family 128 dengan data pantas 1,000GB yang boleh dikongsi untuk 4 talian.
Lagi best dengan pelan ni juga, korang boleh nikmati promosi Beli 1 Percuma 1, fon 5G terbaik di pasaran seperti Samsung Galaxy S25 Ultra (percuma Samsung Galaxy S25), OPPO Find X8 Pro (percuma OPPO Reno13) dan realme GT7 Pro (percuma realme 13 Pro). Syokla boleh beraya dengan fon 5G!
Bila pergi bercuti pun tak risau, sebab U Family 128 menawarkan data perantauan global PERCUMA ke 63 destinasi seperti Thailand, Indonesia,China, Jepun, Eropah dan banyak lagi.
So, tunggu apa lagi? Jom upgrade pelan U Family 128 hari ini.