Branded
Slot Semakin Surut, Cepat Daftar The Social Serve Kidsnergy Sebelum Penyertaan Ditutup
Artikel Tajaan · Apa maksudnya?
Masa makin suntuk. The Social Serve Kidsnergy pun makin dekat! Buat yang masih belum mendaftar, inilah masanya. Jangan tunggu lama-lama, daftar sekarang sebelum penyertaan ditutup!
Kalau nak tahu, Kidsnergy merupakan penjenamaan semula Kidslympic yang diperkenalkam pada 2026. Nama Kidsnergy sendiri merupakan gabungan perkataan “Kids” dan “Synergy” dengan fokus yang lebih luas merangkumi sukan, kecergasan, pendidikan, kepimpinan serta penglibatan komuniti.
Diasaskan Goh Liu Ying, bekas atlet Sukan Olimpik

Kidsnergy diasaskan oleh Goh Liu Ying, bekas atlet negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik. Beliau percaya pendedahan kepada sukan sejak usia muda boleh membantu kanak-kanak membina disiplin, ketahanan diri dan karakter yang positif.
Great Eastern Takaful Berhad (GETB) turut berbesar hati tampil sebagai tunggak utama yang membawakan Kidsnergy untuk edisi tahun ini.
GETB bawa mesej literasi kewangan
Bukan hanya menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, program ini turut memberi perhatian kepada kepentingan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda.
Menerusi The Social Serve Kidsnergy yang dikuasakan GETB, inisiatif ini turut membawa mesej tentang pentingnya perancangan kewangan bagi membantu pelanggan dan keluarga mencapai kehidupan yang lebih terjamin melalui penyelesaian Takaful yang mudah diakses serta sesuai dengan keperluan mereka.
Dalam masa sama, Great Eastern Juniors menjadi antara inisiatif GETB yang memberi tumpuan khusus kepada golongan muda dengan usaha untuk menjadikan ilmu kewangan lebih mudah difahami dan dekat dengan kehidupan mereka.
Sebagai jenama yang mempunyai pengalaman luas dalam industri, GETB menyediakan pelbagai pilihan penyelesaian Takaful dengan perlindungan patuh Syariah bagi memenuhi keperluan pelanggan pada setiap fasa kehidupan.
Menerusi Great Eastern Juniors Inisiatif, GETB juga mahu membantu golongan muda membina pemahaman kewangan yang lebih baik supaya mereka lebih bersedia membuat perancangan untuk masa depan.
Lebih lagi info berkenaan GETB, lawati laman INI.
Hadiah lumayan menanti

Selain menyemai semangat kesukanan menerusi sukan pickleball ini, pemenang juga akan memenangi hadiah wang tunai mengikut kategori.

Bukan wang tunai sahaja! Para pemenang juga berpeluang membawa pulang hadiah menarik daripada Skechers termasuk kasut Vipercourt Pro 2.0 untuk juara, baucar pakaian Skechers bernilai RM200 untuk tempat kedua dan RM100 untuk tempat ketiga.
Peluang keemasan untuk mendaftar, tarikh tutup makin dekat!

Tempoh untuk mendaftar semakin menghampiri tarikh tutup. Inilah masanya untuk mencungkil bakat dalam sukan bagi anak-anak serta ibu bapa yang berminat berkongsi gelanggang.
Peluang tak terhenti di situ. Pemenang juga berpeluang menyertai program latihan intensif dan melangkah lebih jauh hingga ke peringkat antarabangsa.
Penyertaan masih dibuka dengan slot terhad, jadi cepat-cepat mendaftar sebelum slot kehabisan.
Teruskan klik DI SINI untuk mendaftar dan memulakan langkah pertama untuk anak-anak anda bersinar dalam sukan.
