Connect with us

Oh! Media

5 Rakyat Malaysia Ditahan Di Jepun, Disyaki Seludup Kokain Bernilai RM3.2 Juta!

ohmedia rakyat malaysia dadah jepun

Trending

5 Rakyat Malaysia Ditahan Di Jepun, Disyaki Seludup Kokain Bernilai RM3.2 Juta!

Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun selepas disyaki menyeludup kokain bernilai RM3.2 juta yang ditemukan tersembunyi dalam pelapik kasut.

Intipati berita

  • 5 rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo pada 10 Oktober 2026 kerana disyaki menyeludup 5kg kokain.
  • Dadah bernilai RM3.2 juta dipercayai disembunyikan dalam pelapik kasut yang dipakai oleh suspek.
  • JSJN Bukit Aman akan menghantar pasukan siasatan ke Jepun bagi mendapatkan maklumat lanjut dan mengenal pasti kemungkinan penglibatan sindiket dadah.
  • PDRM mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran melancong atau membawa barangan milik orang lain bagi mengelakkan diri daripada dipergunakan sebagai keldai dadah.

Lima rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Jepun selepas disyaki cuba menyeludup dadah jenis kokain seberat lima kilogram (kg) menerusi Lapangan Terbang Haneda, Tokyo. Lebih mengejutkan, dadah berkenaan dipercayai disembunyikan di dalam pelapik kasut yang dipakai oleh kesemua suspek.

Menurut laporan Sinar Harian, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan menghantar pasukan siasatan ke Jepun bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penahanan tersebut, termasuk kemungkinan penglibatan rangkaian sindiket dadah tempatan dan antarabangsa.

IKLAN

5 rakyat Malaysia terlibat dan ditahan?

rakyat malaysia ditahan jepun

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Jepun mengenai penahanan dua lelaki dan tiga wanita warga Malaysia.

Menurutnya, semakan rekod perjalanan mendapati enam rakyat Malaysia berlepas bersama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 menuju ke Lapangan Terbang Haneda pada 9 Oktober 2026 bagi tujuan melancong.

Bagaimanapun, pada 10 Oktober 2026, lima daripada mereka ditahan pihak berkuasa Jepun, manakala seorang lagi tidak ditahan dan telah pulang ke Malaysia.

Hussein berkata, kesemua individu terbabit berusia antara 19 hingga 26 tahun dan lima daripada mereka berasal dari Sarawak.

Semakan rekod kesemuanya tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Berapa nilai dadah yang dirampas?

dadah kasut jepun

Menurut laporan NHK World Japan, pihak berkuasa Jepun menganggarkan nilai kokain yang dirampas itu mencecah AS$757,300, bersamaan kira-kira RM3.2 juta.

Laporan berkenaan turut menyebut bahawa empat daripada lima suspek mengaku terhadap dakwaan tersebut, manakala seorang lagi menafikannya.

Bagaimanapun, siasatan pihak berkuasa Jepun masih berjalan bagi mengenal pasti sumber bekalan dadah serta individu dan sindiket yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan berkenaan.

Apakah maksudnya untuk anda?

BACA: Siasatan Bongkar Cara Juruterbang Malaysia Lepasi KLIA Bawa Dadah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan pelawaan melancong ke luar negara, khususnya jika diminta membawa beg atau barangan milik individu lain.

Hussein menegaskan orang ramai tidak sepatutnya menerima atau membawa barangan yang tidak diketahui kandungannya kerana tindakan itu boleh menyebabkan mereka dipergunakan sebagai keldai dadah.

Jangan menerima atau membawa barangan yang tidak diketahui kandungannya. Elakkan diri daripada dipergunakan sebagai keldai dadah,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa JSJN komited memerangi kegiatan dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah boleh menghubungi HOTLINE JSJN di 012-2087222.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas