Connect with us

Oh! Media

Renew Insurans Perodua, Mana Tahu Rezeki Menang iPhone 17 Pro!

Branded

Renew Insurans Perodua, Mana Tahu Rezeki Menang iPhone 17 Pro!

Artikel Tajaan · Apa maksudnya?

Setiap tahun bila tiba masa nak renew insurans kereta, perkara paling penting mestilah nak pastikan kereta terus dilindungi dan perjalanan harian lebih tenang.

Tapi kali ini, pemilik Perodua boleh dapat lebih daripada sekadar renew insurans. 

Menerusi kempen “Renew & Win”, pemilik Perodua yang memperbaharui insurans kenderaan menggunakan insurans Perodua iaitu Perodua Total Protect Plus (PTPP) berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik sepanjang tempoh kempen sehingga 31 Oktober 2026.

perodua insurance

Lebih menarik, setiap hadiah turut disertakan dengan kredit P-Circle P-Duit e-Wallet bernilai sehingga RM200. Renew insurans, dan berpeluang menang hadiah lumayan.

Kempen ini terbuka kepada pemilik kenderaan Perodua yang layak, dengan jumlah penyertaan bergantung kepada kategori serta kaedah pembaharuan insurans.

Kalau nak lebih banyak peluang, renew secara online adalah pilihan yang menarik kerana ia menawarkan jumlah penyertaan yang lebih tinggi.

Ini jumlah penyertaan yang boleh diperoleh:

1 Penyertaan – Pembaharuan di Perodua Authorised Outlet
2 Penyertaan – Pembaharuan melalui Perodua Online Renewal Platform
3 Penyertaan – Pembaharuan Tahun Pertama di Perodua Authorised Outlet
5 Penyertaan – Pembaharuan Tahun Pertama melalui Perodua Online Renewal Platform

Maksudnya, kalau anda memang sudah sampai masa untuk renew, kenapa tidak pilih kaedah yang menawarkan lebih banyak peluang untuk menang?

Hadiah bukan biasa-biasa

perodua insurance

Antara hadiah menarik yang menanti menerusi cabutan bertuah ini termasuk iPhone 17 Pro (512GB), HUAWEI Pura 90s Pro Max, PlayStation 5 Digital Edition (Slim), HABIB 999.9 Gold Wafer (1g) dan Perodua P-Go Smart Watch dan hadiah sagu hati.

Setiap hadiah pula disertakan dengan kredit P-Circle P-Duit e-Wallet sehingga RM200.

Jadi, daripada sekadar renew insurans seperti biasa, kali ini ada peluang untuk bawa pulang sesuatu yang lebih menarik.

Macam mana nak sertai kempen Renew & Win?

Caranya mudah.

1. Perbaharui PTPP
Perbaharui insurans Perodua Total Protect Plus antara 1 September hingga 31 Oktober 2026, sama ada melalui platform pembaharuan online Perodua atau Perodua Authorised Outlet.

2. Tunggu WhatsApp
Dalam tempoh 14 hari selepas pembaharuan, pelanggan yang layak akan menerima borang pendaftaran kempen dan kuiz melalui WhatsApp.

3. Lengkapkan pendaftaran
Isi borang pendaftaran dan jawab kuiz dengan betul.

4. Dapatkan entry
Jumlah penyertaan akan ditentukan berdasarkan kategori dan kaedah pembaharuan insurans.

Kempen ini terbuka kepada pemilik Perodua dengan kenderaan yang berusia tidak lebih daripada 20 tahun, manakala polisi yang diperbaharui mestilah di bawah PTPP dan ditaja jamin oleh Perodua Panel Insurer.

Polisi juga perlu kekal aktif ketika pemenang diumumkan, tertakluk kepada terma dan syarat kempen.

Perlindungan kereta tetap nombor satu

perodua insurance

Selain peluang menyertai cabutan bertuah, Perodua Total Protect Plus (PTPP) sendiri menawarkan perlindungan yang dipercayai, tuntutan insurans mudah dan ringkas serta manfaat menyeluruh khusus untuk pemilik Perodua.

Antara manfaat utama yang ditawarkan termasuk Agreed Value Sum Insured sehingga 12 tahun, Zero Claim Excess dan Zero Betterment.

Ini bermakna sekiranya berlaku kerugian menyeluruh (total loss) atau kecurian kenderaan, bayaran tuntutan adalah berdasarkan jumlah nilai dipersetujui (Agreed Value), bukannya nilai pasaran yang mungkin lebih rendah pada ketika kejadian.

Bagi tuntutan pembaikan akibat kemalangan di Perodua Body & Paint, manfaat Zero Betterment pula membantu mengelakkan pemilik daripada perlu membayar bahagian kos betterment bagi alat ganti baharu yang digunakan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Sehingga 12 Tahun Tanpa Caj Ekses*. Nikmati perlindungan tuntutan insurans sehingga 100% untuk menanggung kos pembaikan tanpa perlu membayar caj Ekses yang dikenakan daripada poket sendiri. 

PTPP turut menawarkan RM1,000 Flood Allowance, perlindungan Kemalangan Peribadi sehingga RM10,000, Unlimited Unnamed Drivers serta 24/7 Perodua Auto Assist untuk bantuan di tepi jalan dan tunda apabila berlaku kerosakan atau kemalangan.

Untuk Flood Allowance, pemilik juga boleh menambah perlindungan Special Perils bagi perlindungan lebih menyeluruh terhadap kerosakan akibat bencana alam.

Nota: RM400 compulsory excess masih terpakai sekiranya pemandu berusia di bawah 21 tahun atau memegang Lesen Memandu Percubaan (P) atau Lesen Belajar Memandu (L). Tertakluk kepada terma dan syarat.

Nak renew? Online lagi mudah

perodua insurance

Tak semestinya perlu luangkan masa untuk datang ke cawangan kerana PTPP kini boleh diperbaharui secara dalam talian.

Konsepnya cukup mudah, Click. Choose. Covered!

Click

Layari platform pembaharuan insurans Perodua Total Protect Plus secara online di www.insurancerenewal.perodua.com.my .

Choose

Pilih Perodua Authorised Outlet pilihan anda serta panel insurans yang tersedia.

Covered

Lengkapkan proses pembaharuan dan dapatkan e-Policy serta Cover Note daripada Perodua Authorised Outlet.

Paling penting, pembaharuan secara online juga memberikan lebih banyak entry untuk cabutan bertuah Renew & Win berbanding pembaharuan di Perodua Authorised Outlet bagi kategori yang sama.

Kalau dah nak renew, apa tunggu lagi?

perodua insurance

Insurans memang satu keperluan bagi setiap pemilik kenderaan. Jadi, pilih perlindungan yang memberikan lebih nilai untuk Perodua anda.

Perbaharui insurans anda dengan PTPP dan rebut peluang memenangi hadiah menarik menerusi Kempen Renew & Win. Pilih pembaharuan secara online untuk mendapatkan lebih banyak penyertaan.

Tertakluk terma & syarat. Maklumat lanjut di: https://www.perodua.com.my/promotions/Renew-and-Win-with-Perodua-Total-Protect-Plus?utm_medium=advertorial&utm_source=ohmedia&utm_campaign=peroduaptpp&utm_content=article

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas